Salam krt, Saya disini nak meluahkan pasal keluarga saya iaitu pasal bapak saya sendiri. Saya ade bapak yang suka hina sangat anak sendiri. Kalau bapak saya bab mengata anak2 dia 1 pun dia tak nampak kebaikkan. saya ade musuh dari kecik memang tak ngam, kalau bergado mulut ke mulut orang yang saya gado tu mesti dia panggil abang dengan kakak dia serang saya dari sekolah sampai dah kahwin ni, bapak saya pulak tiap kali orang tu datang serang mesti nak salahkn saya, Sedang saya kena buli dari zaman sekolah sampai dah kahwin saya kena cerai dengan bekas suami pun orang yang buli saya dari sekolah tu hina kejji saya kata tak pandai jaga laki pastu saya dah kahwin baru ni orang tuh kata tak lama lagi cerai lah tu
Pastu kata saya banyak anak padahal anak saya masa dengan suami dulu sepasang je kahwin baru ni sorang je, tapi bapak saya tetap salahkan saya kata saya ni mulut jahat padahal nak mengata orang pun tak pernah. Bapak saya lebih percayakan orang luar dia kata orang serang saya sebab mulut saya. salah saya ke orang mengata saya pertahankan dari hina keji orang bapak saya sentiasa mengungkit hal tu tiap kali kalau saya terkasar dari hina kejji bapak sendiri dia tak tahu ke ape anak dia tangong lepas tuh bapak saya sendiri kuttuk2 bekas suami kahwin banyak padahal bekas suami tu bagi je nafkah anak dia.
Bapak saya ni suka ungkit bende yang dh lepas bagi cucu2 dia dengar, budak2 kalau tahu cerita buruk balik rumah bapak dia mesti cerita macam2 pada bapak. sedangkan bekas suami saya kalau nak berbini seribu orang pun sapa lah bapak saya nak persoalkan orang yang dah jadi bekas menantu je. Bapak saya kalau anak sendiri cakap tuh tak penah elok pun asyik kena tengking je, salah sikit ungkit hal 10tahun lepas. pastu tak pernahlaa doa yang baik2 kat anak2 tuh di tambah lagi dah dapat duit tua ni baru habiskan bina rumah baru dari ni saya nampak asyik kena mki je kalau kita cakap benda tak betul dia akan kata betul, orang serang.
Anak dia, dia kata anak dia yang salah padahal dia tak tahu ape2 pun. tahu2 kena pangkah je. Salah cakap mesti dia kata aku takkan letak harta aku pada nama kamu sedangkan saya tak. pernah kuar dari mulut saya yang nak minta harta dia, setiap kali saya tertinggi suara sebab tuduhan tu dia akan kata saya ni nak harta dia tanah rumah ni. ya allah hati saya hancur gila ada bapak macam ni. saya cakap serah pada sapa2 nak bagi saya ni anak sulung. saya nak keluar dari rumah ni. Tak sampai hati sebab bapak saya tahan tak bagi anak saya tinggal dengan saya.
Saya tak nak orang mengata saya lagi. bapak saya senang lah cakap ikot kepala dia suka hati dia nak cakap. dia kata anak ni beban pada dia nak kikis harta mak bapak. macam saya ni anak pungut pulak padahal bapak saya pun macam tu kalau tak cukup duit mesti pinjam. arwah opah duit nak minta beli motor pun arwah opah yang tolong, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi dah bapak pun macam tu, tiba2 bapak nak anak tak susahkan dia. saya pun bukan dok free pun macam2 saya tolong tapi tuhlaaa bapak sendiri kata tak pernah tolong dia.
Saya malu tengok keluarga mertua saya bekas mertua saya pasal anak memang dia keji hina, bapak saya ni kalau. Sembang mesti dia kata dia tangong cucu dia, saya tengok tak ada pun urusan sekolah anak saya uruskan dari pakaian tapi dia cerita pada orang dia yang tangong bertambah2 lah orang kampung mengutuk saya, saya pun ade perasaan jugak jaganglah hina macam tu tak sedar ke yang kau hina tu darrah daging kau sendiri yang kau doa buruk2 tu anak kau sendiri. Saya tak tahan hina kejji tu sampai ke barang makan dia dah bagi tapi dia minta balik ke esokkan nya.
Bila saya cakap kalau tak nak bagi tak bagi dari awal sampai saya simpan balik makanan tuh. saya tak tahu lah bapak. saya ni jenis ape. Bapak orang lain tak ade pun macam tuh. dahlaaa barang umah api air mak yang tangong saya tak boleh nsk bantu lebih2 sebab ade ade adik lagi yang tak kahwin ade anak sorang dan bakal kahwin dengan warga ssberang mak yang tangung sorang lelaki bujang bakal kahwin tahun depan bakal duduk rumah bapak saya. dalam rumah ni saya je ke yang hina kejji. yang lain tak.. saya memang ade tinggi suara sebab dah tak tahan kena kejji udahlaa orang kampung keji saya macam saya minta duit mereka ni bapak sendiri pun sama.
Bapak saya kalau. susah motor saya jugak dia guna. saya tak tahan mulut bapak sendiri bila berkaitan harta ni sumpah hidup tak senang sumpah tak dapat kerja sumpah rezeki tak ade macam tuhanlah dia boleh jaminkan hidup saya ni tak aman padahal anak sendiri dia anggap anak dia musuh bukan anak.. Saya sedih terkilan punya bapak macamni. Derhaka ke saya kalau saya nak jaga aib saya tapi bapak cerita depan anak2 saya. saya pun manusia punya perasaan bila dihina hidup susah macam ni




