Assalamualaikum Admin…terima kasih jika sudi post kisah ini. ni bukan akaun fb saya.. sekadar ingin meluahkan. bertapa sakitnya untuk bertahan dalam sebuah perhubungan. selepas 5 tahun menjanda anak 2 orang. akhirnya saya di lamar suami org. kami nikah tanpa pengetahuan isteri dia, tapi benda macam ini tidak boleh simpan lama2 dan akhirnya dia tahu juga..waktu saya jadi isteri simpan itu memang dah sakit sangat..hanya yang melalui akan paham…jodoh saya..kami tidak bercinta. mungkin dia rasa simpati ke atas saya.
saat itu hidup saya daif sangat. di perlakukan suami pertama..bekas suami kaki pukul. pemalas. saya tanggung anak2 dari sejak lahir lagi. dia tempat saya mengadu. kerana itu memang kerja dia. Untuk membantu ibu2 tunggal macam kami bukan niat nak merampas…dulu pun saya takut tengok orang bermadu2 siapa tahu akhirnya jadi kat saya. mak mertua pernah serang saya…sebab family mereka semua sayang kat isteri pertama suami.
nak di jadi kan cerita…kadang kami elok kadang kami makan hati..BERMADUU…hanya yang mengalami akan tahu…saya hidup tanpa ada nafkah dari suami sekarang apa lagi anak2 bukan dar*h daging suami…saya tanggung makan minum kami sendiri… suami pertama dah lari entah ke mana..tak dapat di jejaki…saya kerja biasa2..duit gaji dari mula kahwin suami saya pegang…saya kerja siang malam…dia cuma bagi semingu rm50 sahaja untuk bekal… makan hati juga la…
sampai lah ada satu tahap saya gaduh dan minta sekeras2nya kad atm saya…selama 6 tahun juga dia simpan….tapi…isteri pertama asyik cakap nafkah dia anak beranak tak cukup dia banyak iri hati dengan saya…dia buruk sangka dia cakap suami banyak lebihkan saya…padahal harta d rumah semua milik saya sendiri bukan suami…hasil duit saya…klu ada pun mntk suami belikn..lepas tu saya bayar sikit2…sebab kad dia dah pegang…sedang madu saya simpan duit senyap2..tapi dia cerita kat saya..tak suruh bagi tahu kat suami kami…ok laa takapa…tapi isteri dia still cakap duit nafkah tak cukup padahal gaji saya dengan suami semua d laburkn pada anak2 dia dengan dia…makan hati juga la…dh istri ke 2…telan jela…sapa suruh erkk…
sebab dah kejap2 elok…BERMADU. Isteri pertama pula meminta lepaskan dengan alasan suami tak mampu tup2 habis jee tempoh iddah dia terus nikah dengan lelaki yang sebaya anak sulung dia orang dengan suami. Dia jemput kami ke majlis kahwin itu. mula la bersambung kisah hidup saya yang perit lagi sakit…anak dia 6 orang suami saya ambil ahli untuk jaga mereka semua..alasan dia bekas istri dah lupa anak2 asyik dengan suami dia yaag mudah itu…tak berenggang dah..sampai anak2 semua asyik kebuluran d rumah…dah la anak2 saya sendiri saya tanggung hidup dia orang…apa salahnya korang berbahagi jaga anak2…ramai tu semua serah kat saya…saya ada bawa mereka bincang…tapi masuk kanan keluar kiri…takada maknanya. semua dengan ego masing2..akhirnya saya akur…
saya terima semua…saya dah anggap macam anak2 saya juga…dengan kerja dari pagi sampai ke malam…takapala mungkin ini rezkii kamii…lagi pun saya dah biasa hidup susah…yup suami pun dah berduit…saya pun begitu gaji ada laa sikit2…alhmdulillah…CUMA MASALAHNYA SEKARANG…SUAMI SUKA DERA ANAK2 SAYA…ANAK SAYA SEMUA DALAM KETAKUTAN KADANG LARI TUMPANG RMH KAWAN DIA ORG…selama 10 tahun mereka dalam ketakutan tak pernah bebas d rumah sendiri…untuk pengetahun dari dulu lagi dia suka sakiti anak2 saya…suami seorang yang sangat bagus…mula kenal dia wataknyaa sangat lemah lembut..tak sangka pecah tembelang bila dah kahwin…
kadang dia pernah belasah ank2…sbb sy belikn anak sulung hand phone …lepas tu ke 6 semua anak2 dia belikn fon juga…niat nak suh dia anggap anak2 saya macam anak kandungnya sendiri…tapi sapa la saya untuk memaksa…malah dia mendera mental dan fizikal anak2 saya…sakittt ya Allah…satu dugaan aku tempuhi…entah mungkin sehingga nafas ini terhenti. Saya dah takut untuk bercerai tapi dalam masa yang sama dia semakin dan semakin mendera anak2 saya…dia semakin benci kat anak2 saya…hilang arah saya di buatnya sekarang ini..




