assalamualaikum min. hide profile aku min. umur aku 24. anak 4. aku sedih min.. laki aku nak tinggal aku sebab orang lain min. Aku duduk dengan family aku tapi family aku ni semua mulut macam puaka untuk pengetahuan min laki aku duda anak 3 jadi, mak pak aku ni suka hina laki aku min. dengan anak anak tiri aku. aku jenuh bergaduh. sebab apa min? mak aku suka cakap anak anak aku menyusahkan.. bila aku duduk jauh, dia panggil balik. katanya rindu cucu. bila dah duduk sekali, macamni pulak min.
Laki aku ni pulak jenis diam je. kalau dia sakit hati pun dia keluar rumah lepastu dia balik. baru tadi aku ada salah faham sikit dengan mak aku. sebab mak aku cakap anak anak aku ni tahu makan je. menyusahkan. makan banyak. aku cakap balik lah min. ‘dorang ni kecik lagi. bukan tahu apa.’ mak aku boleh cakap balik.. “suruh la mak dorang jaga.!” .. mak dorang pun taknak dekat dorang min.
Mak dorang bagi dekat aku sebab nak enjoy bujang life dia. aku jela tempat dorang cari kasih sayang. takkan aku nak ketepikan dorang. walaupun bukan dari zuriat aku, aku tetap sayang dorang min. sekarang laki aku mengamok. dia nak amik anak anak. dia nak ceraikan aku min. aku sedih.. kenapa buat aku macam ni. tu je.. nak kecam , kecam lah..terima kasih…