Assalamualaikum warga krt.. Di sini saya nak meluahkan rasa hati saya, saya bru berkahwin dan mempunyai seorang anak, tapi suami baru je melafazkan cerai utk saya, bila saya tanya kenapa buat saya macam ni, dia ckp dia nak cerai sebab anak?? Allah pilu sgt hati saya, salah ke anak yang saya lahirkn ni, sakit saya melahirkan anak ni pun belom hilang lagi, kalau anak ni tahu ayah dia sebabkn dia keadaan jadi macam ni mesti dia tanak lahir atas dunia ni, kesian anak saya..
2 3 bln ni hidup suami susah, rezeki dia susah nak masuk susah nak dpt, duit takde, dr apa yang saya nampak, suami tak boleh hidup susah, dia tak boleh hadapi ujian yang baru tuhan bagi secebis ni, adat la berumah tangga susah ke senang ke mesti ada..
Saya pun tahu saya bukan isteri yang sempurna untuk dia tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk dia mana yang salah sepatutnye diperbetulkan sama2 bukan ambil jalan ringkas macam ni.. Tak ada manusia yang sempurna dlm dunia ni, cari la kesempurnaan seluruh dunia ni, memang takkan pernah ada.. Saya redha dengan apa yang jadi kat saya dan anak saya sekarang ni, saya akan besarkn anak ni sendiri tanpa dia kat cc saya.. Doakan saya kuat dan doakn saya dan anak saya sentiasa dimurahkan rezeki seperti air yang mengalir, assalamualaikum




