salam min. minta hide profile saya
saya seorang suami yang sentiasa inginkan terbaik buat keluarga.
apa yang Allah kurniakan segala rezeki yang saya terima. yang saya kerjakan pagi dan malam. saya peruntukkan semua ke atas isteri dan anak saya. termasuk orang tua saya jika ada lebihan. tetapi nak dikatakan hidup saya ni malang tak juga min. sebab Allah kurniakan saya kebahagiaan sepanjang perkahwinan saya. cuma isteri saya tiap kali gaduh senang mintak cerai. dya igt main masak2 ke perkahwinan ni?
dya tak fikir bila bercerai bagaimana keadaan anak satu masa nanti?
segala hal sulit masalah keluarganya saya sentiasa amik berat jika dya ada menceritakan kepada saya.maksudnya saya taklah tak amik berat langsung pasal keluarga dya.
Apa salah saya min sampai mudah dya mintak cerai? apa perangai buruk saya yang sampai dya senang2 dya mintak cerai? kalau saya ni perangai buruk. orang sekeliling pasti akan mencemuh saya.ibu bapa adik2 kawan2 pasti akan menegur saya. tapi saya sentiasa menjaga adab percakapan. dengan anak pun saya cuba sedaya upaya menjaga dan mendidik dengan baik. sehinggakan anak saya yang masih kecil boleh sebut ‘saya sayang abah’ bayangkan anak masih kecil bole sebut macamtu dengan perasaan sayang .
maksudnya saya jaga dya dengan baik..
dengan isteri saya setiap saku atau pendapatan saya .saya belanjakan utknya.kalau saya dapat sikit sedikitla nafkah utknya.kalau saya dapat byak.lebihla utknya. tak pernah saya melebihkan utk diri sendiri.
apa salah saya min. Saya buntu.
tiap kali gaduh mesti mintak cerai.
penceritaan ni bukan nak katakan yang saya ni baik isteri saya jahat kami sama2 bersusah payah untuk mencarik sesuap nasik dan dya sentiasa memastikan yang terbaik untuk saya dan anak. dya sentiasa disisi saya dari dulu sampai sekarang. tapi kenapa tiap kali gaduh dya mintak cerai?
saya buntu. saya tgk dlm group ni .byak suami yang perangai macam settan. takda pun isteri mintak cerai. semua mintak doakan yang baik je. siap sabar lagi. suami curang ke kaki pukul ke tak jaga adab diri dengan orang ke. kata isteri mereka
‘saya redha dapat suami macam ni.’
‘saya buntula apa perlu saya buat’
‘saya cuba lakukan yang terbaik utk rumahtangga saya’
takda pulak dalam page ni tunjuk cerita suami perangai macam settan. kata isteri mereka
‘saya nak cerai dengan dya min.betul ke apa saya buat?’
‘saya nak cerai dengan dya jugak min.saya tak tahan dengan perangai dya’
‘saya nak keluar dari rumah min.lantakla dya nak buat apa.saya nak g mahkamah tuntut cerai dengan dya’
apa pendapat semua?
saya bagi 2 situasi bg pendapat saya utk perkahwinan sekarang ni.betul atau tak.kamu semualah yang menilai sendiri.
situasi 1
perkahwinan yang jarang bercerai
-suami bersikap kurang ajar.
-suami perokok
-suami tak mendidik anak dengan betul
-suami yang tidak mengendahkan aurat isteri
-suami yang menghalang perhubungan baik isteri bersama adik beradik dan keluarga
-suami yang selalu melepak
-suami yang selalu menghabiskan masa dengan gadget
-suami yang mengabaikan ibu bapa
-suami yang mengutamakan kawan lebih dari keluarga
-suami yang tidak pernah menasihati isteri bab agama
-suami yang tidak mengambil berat hal ehwal masa depan.
-suami yang da lama tak bg nafkah dan beristeri lebih dari 1
banyak lagi yang boleh disenaraikan.semua keburukan ini tidak menyebabkan sang isteri tergerak untuk meminta cerai.malah bersabar ats sebab kasih dan sayang isteri kepada suami tercinta.semakin jahat si suami kepada isteri dan anaknya. semakin sayang isteri kepada suaminya. apabila anak sentiasa dimarahi. Dan anak kurang bercakap kerana otak dipengaruhi gadget.situasi ini juga tidak menyebabkan hubungan suami isteri bercerai.tetapi lebih kuat .
situasi 2
perkahwinan yang membawa kepada penceraian
-suami penyayang
-suami tidak merokok
-suami menjaga baik ibu bapa anak dan isteri.
-suami yang sentiasa membelanjakan wang pendapatan dengan keluarga tercinta.
-suami yang mengambil berat ibu bapa
-suami yang menjaga dan mengambil berat hal keluarga isteri dan adik beradik isteri
-suami yang selalu menghabiskan masa bersama keluarga berbanding kawan
-suami yang selalu menasihati bab agama
-suami yang menjaga aib dan aurat si isteri
-suami yang sentiasa memikirkan masa depan
-suami yang menjaga percakapan
-suami yang sedaya upaya mendidik anak dengan baik
-suami yang tidak melebihkan gadget
-suami yang menghabiskan masa sepenuhnya bersama keluarga tercinta
sikap sebegini akan membuatkan isteri anda lebih mudah untuk meminta cerai.
kerana sentiasa disayangi
alasan remeh digunapakai oleh sang isteri untuk meminta cerai kerana sikap si suami terlalu menyayangi isteri.
sikap situasi 1 mengambil masa hampir bebrapa tahun brgaduh untuk bercerai tetapi situasi 2 mengambil masa sehari pergaduhan untuk bercerai.
bila sang isteri merasai dirinya dijaga dengan begitu baik dan merasa si suami tidak akan sesekali melepaskannya. dia akan lebih mudah menyakitkan hati suaminya dengan senang lenang meminta cerai kerana dia tahu apa jua keadaan sekalipun si suami pasti tidak akan melepaskannya. semakin sayang suami kepada isterinya. semakin mudah untuk isterinya meminta cerai .
apabila anak mendengar cakap. menjaga diri dengan mendekati ibu dan ayahnya. sentiasa melafazkan perkara yang baik baik kepada ibu dan ayahnya. situasi ini akan membuatkan suami isteri mudah bercerai.




