Assalamualaikum admin
Saya seorang isteri baru mahu masuk 2 bulan lebih saya khawin dengan suami saya. Tapi kehidupan kami tidak sama seperti suami isteri..Sebab kami khawin pun desakan keluarga saya yg risau saya jadi anak dara tua macam mak cik2 saya.
Saya kenal suami baru 1 tahun 2 bulan lebih termasuk tempoh bertunang.
Berbalik pada cerita saya yang kehidupan kami bukan macam suami isteri.
Bila buat kerja rumah saya seorang saja yang buat dia macam raja mungkin dia rasa dia suami semua kerja saya akan buat dia hanya duduk diam tunggu di bagi makan..nafkah tak tahu lah untuk saya atau beli barang rumah sebab bila dia dah bagi rm 200 setiap bulan dia akan lepas tangan bila saya berbelanja beli barang rumah barang basah dan kering dlm rm 200 lebih juga bukan tidak bersyukur tapi saya rasa saya yang menanggung suami.
Dari segi kewangan minyak kereta, belanja makan dan tempat tinggal saya yang tanggung. Kadang2 saya berfikir masa saya hidup sendiri belanja saya cukup sampai hujung bulan sekarang 5 hari bulan kosong tinggal duit2 untuk tanggung minyak kereta dia saja.
Bila tidur kami tidur sama2 tapi bantal tetap ada di tengah2 macam saya bukan isteri dia yang sah. sebelum tidur mesti dia akan menghadap hp dulu sampai tidur.
Bila berjalan dia mana2 saya akan pegang tangan dia akan lepaskan.
Terasa hati dengan cara dia tapi tetap pendam dan sabar sebab malas gaduh tapi bila dia nampak salah saya smpai semua dia ungkit hal keluarga saya pun dia nak cakap..yang saya terlmpau banyak tolong keluarga..hal keluarga dia saya tak pernah nak cerita atau cakap bukan2.
Saya rasa macam saya bukan isteri yang terbaik. Mungkin saya banyak kekurangan di mata dia berbanding ex gf dia sebelum ini. Saya selalu berdoa jika dia bukan jodoh saya pisahkan kami dengan cara yang baik. kalau dia jodoh saya satukan kami supaya kasih sayang kami boleh hadir di antara satu dengan yang lain..
Luhan hati seorang isteri




