Assalamualaikum admin dan pembaca KRT. Hide profile saya dan terimakasih jika sudi siarkan tulisan saya.
Ini pertama kali saya membuat tulisan kat sini, sebelumnya hanya pembaca tegar sahaja. Maaf jika luahan saya panjang dan agak sukar untuk difahami.
Saya dan suami berusia 30-an, hidup berumahtangga sudah 5 tahun dan ada sepasang cahaya mata Alhamdulillah. Mungkin kisah saya ni satu antara sejuta dalam Malaysia. Saya berasal dari seberang dan suami orang tempatan tak perlu lah saya sebut dari negeri mana.
Alhamdulillah keluarga mertua dan makcik2 suami sangat baik pada saya walaupun saya ni dari negara seberang. Perkahwinan saya dengan suami kira atas tangan sahaja disebabkan saya telah mengandungkan anak saya yang sulung di luar nikah (kisah silam saya semoga Allah SWT terima taubat saya) dan tiada sijil nikah dan tentunya tak terdaftar. Dan kedua2 anak saya tiada sijil lahir dan apa2 dokumen.
Suami pulak sorang kaki perempuan, sepanjang 5 tahun perkahwinan kami saya dah tak boleh kira berapa kali suami khianati saya. Saya pun tak tahu dimana silap saya sedangkan saya jaga makan minumnya dan saya pastikan pakaiannya kemas setiap hari. Disebabkan saya tiada dokumen dan permit yang sah saya tak boleh buat apa2 dan hanya suri rumah yang mengharapkan belas kasihan suami, saya maafkan jua walaupun hati sangat terluka . Mungkin juga sebab saya jauh dari keluarga saya jadi suami boleh berbuat sesuka hati dengan saya. Sekarang ni suami tengah hangat bercinta dengan perempuan satu office dia. Saya tak salahkan perempuan tu disebabkan suami saya selalunya mengaku dia bujang.
Duit simpanan memang tak ada langsung, mungkin disebabkan suami berkira dengan saya rezekinya jadi sempit. Dengan duit RM10 dia bagi saya, mau sampai 3 hari dia tanya “sayang ada duit lagi tak?” sedangkan suami hari2 berbuka puasa di tempat kerja dengan juadah yang sedap2 diorang beli dkt bazar. Terasa hati saya tapi saya hanya boleh senyum sahaja.
Saya nak sangat balik kampung saya dengan anak2, memandangkan anak sulung saya dah masuk 5tahun hujung tahun ni tapi saya langsung tiada simpanan, pernah juga saya pm agent yang boleh uruskan dokumen saya dan anak2 tapi kos dia 5K. Saya tak ada tempat nak minta tolong, keluarga belah suami tak tahu pun yang anak2 saya tiada sijil lahir sebab suami tak nak bagitau diorang jadi saya susah nak minta tolong dengan family suami.
Nak minta tolong mak ayah saya pun saya dah tak ada muka. Keluarga belah saya pun bukannya orang senang, masa anak sulung saya lahir 40 hari dalam ICU mak ayah sayalah yang kirimkan duit untuk tanggung kos hospital swasta. Dan sampai hari ini satu sen pun tak terbayar. Semoga Allah beri saya kesempatan untuk membalas sedikit pengorbanan mak ayah saya. Saya sangat risaukan pendidikan anak-anak saya, sekurang-kurangnya kalau saya bawa balik, bolehlah saya kasih sekolah dia di kampung halaman saya.
Bukan niat saya mahu pisahkan anak2 dari bapa diorang tapi lebih kepada menitikberatkan pendidikan anak2 saya dan memandangkan suami sibuk bercinta dan macam tak ada usaha untuk uruskan apa yang patut jadi saya yang kena bertindak cepat. Biarlah suami dengan perangainya dan saya sememangnya sudah tawar hati. Cukuplah sepanjang 5 tahun ini saya jadi bod0h. Biarlah Allah yang akan membalas semuanya. KARM4 IS REAL. Minta tolong pembaca semua, ada tak yang tahu atau yang kenal agent yang boleh uruskan kepulangan saya dan anak2 dengan kos yang agak murah? Kalau ada nanti saya pm. Terimakasih semua




