assalammu’alaikum semua.. mohon hide fb. saya seorang ibu dan masih seorang isteri. begini, ada sorang janda anak 1, anak luar nikah. kata nya anak husbnd saya. disbbkan dia kerap keluar dengan lelaki lain, jd kata2 dia tu, kurang diterima. husband? saya mntak fasakh. saya istikharah. tapi permohonan saya makin sukar. saya takmmpu nak tggung anak2 saya sndrian. n takmmpu byr kos guaman, maka saya pendam. saya diamkan.
Selepas itu, husbnd cuba berubah. dan memang nmpklah perubahan dia. lebih bertanggungjawab unt saya dan anak2.
janda tu pulak, asyik buat fb baru, tukar mcm2 nomb unt berhubung dengan husband saya. saya mntk husbnd tukar nomb klu betul dia sayagkn saya dan anak2, tapi dia tak nak. dia cuma blok nomb janda tu.
tapi, bile saya kol janda tu, janda tu taknak angkat, dan block. wasap meseg semua dia blok saya. saya cuma nak jumpa dia, nak tengok dia, nak tahu ape cerita sebenar. bkn nak marah2 dia. sekarang da 4 tahun berlalu, hampir 7 kali nombor dia tukar. dan baru2 ni, saya terjumpa nomb janda tu dalam hset husbnd (hset husband berpincode saya taktau) cuma Allah yang beri saya peluang lihat ape dan siapa husband berhubung.
menitis air mata, tgk nomb janda tu dia masih simpan. nombor baru pulak tu. bila saya tya, untuk kepastian,dia cakap saya merimaskan dia. dia tengking saya. n suruh saya fikir, perlu tak dia masih jd suami saya lg. seikhlas hati, saya pun nak bhagia. hidup.kita takpanjang. tapi saya takut saya takmmpu nak sara hidup.dan kos saya dan anak2.
kami asal di borneo. kos untuk balik ke tmpt asal saya sgt tggi. saya benar2 rasa penat. nak diluahkan takde tempat. mengadu ke pejabat agama, husbnd akn cerita kte saya ingkar dia.. takhormat dia. sedangkan hati kita sbg isteri, bile kerap sgt dikecewakan, kita akn memberontakkan.. saya pun taknak.jd isteri derhaka. tapi mcm mne saya nak mulakan hidup saya dengan anak2?
Allah, sesungguhnya aku teraniaya. bukakanlah jalan yang terbaik buat ku. jika perpisahan ini, adalah yang terbaik, yang mampu mendekatkan aku dengan Mu, Kau temukanlah aku dengan orang yang mampu menolong aku. jika perpisahan ini memudaratkan, kau ikhlaskan lah hati agar aku tidak kecewa lagi.




