Assalamualaikum min… Tolong hide fb aku ni min. Aku dan suami bekerja. Sejak berkahwin 4 tahun lalu, aku dikurniakan seorang puteri hasil perkongsian hidupku dengan suamiku. Untuk pengetahuan, aku tinggal dengan mentua. Suami kata senang nak ulangalik dari kerja dan secara tak langsung dapat tengok orang tuanya dan anakku dijaga sendiri oleh mentuaku. Apa yang aku perasan, mentuaku seolah tak suka kehadiran aku. Bila dah semua kumpul then aku masuk line, suasana jadi sunyi dan yang paling kerap berlaku mesti mertuaku akan lari dari situ. Dari situ, aku jarang keluar melainkan atas urusan anak sahaja. Saya lebih suka menghabiskan masa dalam bilik memandang bilik tu lengkap dengan astro. Bukan apa min aku taknak makan hati dengan situasi tu.
Aku perasan bila dari jauh nampak kemesraan dia layan anak menantunya yang lain tapi tang aku, dingin je. Bukan ape min, aku nak juga rasa layanannya macam dia layan anak menantunya yang lain. Pernah sekali dia tengah tonton tv aku datang hampir dengan niat hati nak borak-borak selepas sepatah dua kata dia terus tinggalkan aku sendirian rasa nak lari sambil menangis aku masa tu min. Walaupun aku makan hati, tapi aku tetap bersyukur sebab Layanannya dengan anak aku memang highclass.. Ibaratnya dia tu umpama peguambela cucunya. Mentua aku ni bukan jahat min baik sebenarnya tapi tu lah tak terluah oleh ku dengan kata-kata…
Sini aku nak cakap min, walaupun layanannya denganku dingin, tapi aku tetap sayangkan mertuaku.
Terima kasih mertuaku kerana melahirkan seorang imam yang halal buatku yang sentiasa bersabar dan melindungi diri ini dan juga anak yang kian membesar.
Terima kasih mentua ku kerana sudi masakkan makanan masa aku tengah mengidam mengandungkan cucunya. Terima kasih mentuaku kerana sanggup bersusah payah menyediakan ubatan dan makanan masa aku tengah sakit dan berpantang. Terima kasih mentuaku kerana sanggup menjaga dan mendidik anakku sedari lahir. Terima kasih mentuaku. Walaupun layanan mu dingin tapi aku tetap sayang dan hormatkan mu wahai mentuaku.
I love you mentuaku aka ibu kepada suamiku dan nenda kepada anakku.
Ketahuilah bahawa anak menantumu ini sentiasa menantukan belaian mesramu wahai mentuaku Akhir sekali, terima kasih min kerana siarkan luahan hati kanda ni. Eh luahan hatiku ini. Komen murni dan membina je eh. Komen negetif yang menyebabkan kontroversi taknak ye.
Akhir kata moga urusan kita dipermudahkan. Apa banyak Akhir daaa..




