Assalamualaikum, Harap hide fb saya terima kasih. Melihat pada trend bercerai pada kalangan mereka yang sudah berumah tangga memanggil saya kesini.
Terlalu banyak kisah, sehinggakan membuatkn saya takut untuk berumah tangga. Saya lelaki berusia 27 tahun. Belum berkahwin saya pernah bercinta 5 tahun berjanji susah senang tempuh bersama. Tapi setia saya dikhianati dan ditinggal kerana orang ke-3 pada 4 tahun yang lalu. Dia cinta pertama saya. Kami kenal semasa waktu belajar, hubungan kami baik Sehinggalah saya tamat belajar dan terus mendapat tawaran IT engineer di Singapura.
Pada tahun pertama kerja tersangatlah busy dan tiada masa yang cukup untuk orang lain. Akibat kekangan waktu dia berubah hati seperti acuh tak acuh apabila saya bertnya khabar. Dan pada tahun pertama itu jugalah dia meminta perpisahan. Saya menerima WhatsApp perpisahan dari dia ketika tamat waktu berkeja and Ketika itu saya di dalam MRT, rebah bersila saya dilantai seperti tiada kekuatan untuk berdiri selepas membaca WhatsApp sebegitu dari orang yang saya sayang.
Sampai di next station saya terus keluar dan duduk di kerusi dan menangis sambil menutup muka serapat yang boleh dengan sweater saya. Hati hancur dan semangat saya patah. Saya berulang alik singapura ke JB setiap hari. Dan ketika itu saya dah tak mampu untuk saya menuggu bus dari SG custom ke JB. Saya mengambil keputusan berjalan kaki untuk balik ke JB. Setiap langkah saya di temani air mata. Mental saya down teruk sehinggakn prestasi kerja saya juga buruk pada tahun tu.
Alhamdulillah Director saya baik dn masih memberi saya peluang. 3 bulan kemudian, dia upload gambar bf barunya dgn status seperti kali pertama mengenal erti cinta di IG nya. (Yea saya masih stalked that time)
Saya memaksa hati untuk move on walaupun saya mengalami depression yang agak teruk. 8 bulan kemudian dia DM saya melalui fb. Dan confessed yang dia menyesal atas perbuatan yang dia bt.
Saya memberi peluang semula tak sampai 3 bulan saya dikhianti semula.
And setahun kemudian datang dengan sesalan yang sama. And then saya dikhianati lagi. (Last saya dapat regret confession dari dia 2 bulan yang lepas. Tapi saya dah tak layan dan dah tak ada perasaan.)
Now it’s been 4 years. Saya harap dia dah tak kacau hidup saya lagi. Hanya krn seorang perempuan hati saya m@ti, perit dan fobia. And until now depression keep hunting me. Sampaikan saya taktahu macam mana untuk cari peganti. Kerana seorang insan mental kehidupan seseorang boleh rosak. Kekadang saya terbayang what if all this happened after married relationship. Mungkin hidup saya lebih teruk. Wallahualam.




