Assalamualaikum warga KRT sekalian. Please hide my profile ye admin.
Saya baru saja selepas bersalin satu bulan lepas. Hari nak hampir bersalin, saya masih lagi buat kerja rumah seperti biasa walaupun saya ada bgtau kat suami yg saya sakit2 contraction. Suami respond macam der saja. Sidai baju pun saya seorang. Dia syok je liat tv. Dia kata saya ni macam belum lagi nak bersalin sebab dia nampak saya tak sakit sangat Hari yg sama juga saya dihantar ke hospital kerana ada pendar@han. Rupanya 3cm dah buka. So saya admit hosp. Suami.. Hmm.. Akhir juga datang, malam baru datang lepas makan malam. Dia di sana pun bukan nak bagi support, tapi main hp 24 jam. Malam itu juga saya selamat bersalin.
Setelah balik rumah, ibu saya yang banyak tolong saya. Suami ada juga tolong jaga baby.. Tapi dia maa. buat der bila tengok saya kesakitan. Nak bersihkan bilik, katil dan tandas pun susah sangat.. Semua nak kena arah. Saya menyesal tak minta cerai awal2. Mohon doa untuk kesabaran dan kekuatan bagi saya. Pesan saya kepada para suami di luar sana.. Isteri bukanlah dinikahi untuk dijadikan pembantu rumah, hamba atau untuk dipergunakan, lebih2 lagi dizalimi. Jika kamu dapat bermanis2 sebelum bernikah, bermanis2 lah juga selepas bernikah kerana isteri kamu telah halal bagi kamu dan kamu akan dikurniakan pahala.




