Asalamualaikum, Kisah saya bermula bila saya berkenalan dengan suami saya. Kenal secara tidak sengaja. Jadi kami tukar nombor telefon dan terus berhubung. Sebelum nikah suami sudah kantoi menjalinkan hubungan songsang. Saya pernah cuba tinggalkan, tapi dia datang merayu dan cakap hanya saya yang mampu ubah dia. Mampu bantu dia kembali ke jalan yang benar. Saya diserang oleh ‘kekasih’ lelaki atau mak nyah yang sara dia selama ini. Hari-hari dia tidak pernah gagal datang ke tempat kerja saya hanya untuk memujuk saya kembali kepadanya. Akhirnya saya mengalah dan memaafkan dia.
Hampir setahun kami mengambil keputusan untuk nikah. Sepanjang masa itu, dia tidak melakukan hal yang lalu. Tiada lagi panggilan telefon dari ‘kekasih-kekasih’ dia. Dia tunjukkan betapa dia hargai dan sayangkan saya. Sampai ada kawan saya yang cemburu dengan layanan yang dia berikan kepada saya. Saya sangat bersyukur dengan apa yang berlaku. Bersyukur diri ini dihargai dan bersyukur kerana saya dapat mendirikan rumah tangga dengan insan yang saya sayang.
Tapi segalanya berubah, dia tidak betah untuk berada di rumah. Sentiasa tinggalkan saya sendirian, kadang-kadang saya terpaksa menelefon dia untuk bertanya di mana dia berada dan bila dia pulang. Selepas itu saya disahkan hamil, waktu itu saya gembira sangat. Ada hasil cinta saya dan dia sedang membesar dalam rahim saya. Dia pun gembira sangat dengan berita kehamilan saya. Tapi dia tidak berubah, siang bekerja malam pula keluar entah ke mana. Bila tanya dia cakap lepak dengan kawan-kawan.
Hinggalah suatu hari bahagian kemaluaan saya terasa sakit sangat rasa seperti terbakar dan pedih saya tahan sakit itu dengan keadaan usia kandungan 5 bulan. Saya menangis meraung akibat sakit yang teramat sangat. Saya minta suami saya hantar saya ke hospital. Sampai di sana saya terus dirujuk ke pakar O & G. Doktor melakukan pemeriksaan dan saya menangis merayu pada doktor untuk bantu saya. Saya minta doktor beri saya ubat apa sahaja asal sakit saya kurang. Selepas itu, doktor tanya adakah saya seorang pengamal sekks bebas.
Terkejut dengan soalan itu, saya tanya kenapa. Doktor terangkan saya terkena jangkitan penyakit kelamin pada tahap yang membimbangkan. Saya beritahu doktor saya tidak mengamalkan kehidupan begitu, dan doktor tanya bagaimana dengan suami puan. Pada waktu itu saya umpama tersedar dari mimpi. Bagai terkena renjatan elektrik. Lepas itu doktor ambil darah untuk melihat sejauh mana virus tersebut pergi.
Saya diam seribu bahasa dalam perjalanan pulang. Suami saya tanya apa sakit saya, macam mana keadaan saya. Saya tanya suami saya, adakah dia setia dengan saya. Pernahkan dia melakukan sesuatu di belakang saya. Dia diam dan mengalih topik tersebut. Saya meraung dalam kereta, saya tanya apa salah saya, apa salah anak saya. Kenapa bagi saya penyakit itu. Dari seksa saya, baik bnuh saya. Saya cakap saya benci dia. Dia minta maaf, dia cakap dia tidak sengaja.
Akhirnya dia mengaku melakukan hubungan dengan kekasih-kekasih gelapnya iaitu mak nyah. Dia cakap godaan mereka terlalu kuat, dia gagal bertahan. Tapi dia sayangkan saya, cintakan saya. Pada masa itu, saya anggap itu ucapan sampah. Sekarang saya hidup dengan virus jangkitan kelamin tersebut. Alhamdullillah, anak saya bebas dari virus itu. Walaupun bukan HIV atau AIDS, tetap menjejaskan kehidupan saya. Saya sekarang masih makan ubat antivirus.
Kami tidak berpisah tapi kami hanya suami isteri pada zahir tidak pada batn. Dia masih teruskan hubungan itu. Setiap kali saya tegur jawapan sama, tidak kuat untuk menepis godaan. Macam-macam telah saya lakukan untuk dia berubah. Sentiasa berdoa dia berubah, bukan untuk saya tapi berubah kerana Allah. Fikirkan demi anak. Tipu andai saya cakap sudah tiada sayang dan cinta pada dia, saya sayang dia.
Dia ayah kepada anak saya. Jadi suami di luar sana, hargai isteri anda. Jangan sakiti mereka, jangan lukai mereka. Jangan ‘makanluar’, jangan bawa balik ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya untuk isteri anda. Sekian kisah saya, panjang kan.. Saya tidak pandai melukis, andai kata ada yang minta saya lukis. Hihihi. Akhir kata, doakan saya ye. Terima kasih.




