Assalammualaikum min..aku hanya ingin meluahkan perasaan aku..mohon hide profile aku…aku sudah berkahwin dan punya dua orang anak lelaki..sudah 5tahun usia perkahwinan kami..suami seorang yang bertanggungjawab..segala2 nya cukup..cuma kurang beri perhatian kepada isteri sendiri..kadang2 aku rasa suami aku macam tak perlukan aku..hubungan kelam*n tu boleh di kira stiap bulan. Aku dah penat nak sondol suami sendiri malam2…macam dah tak da perasaan..orang nampak kami macam suami isteri yang bahgia..tapi kalau aku nangis aku merajuk..aku yang banyak kena pujuk diri sendiri.
Pernah biras aku tanya kalau suami aku nak kawen lagi aku bagi ke tak jujur aku cakap kalau dah jodoh ape boleh buat..tapi kena adil lah..seblom kawen kena bagi aku rumah banglo sebiji cash xde hutang n duit secukup nya..jauh di sudut hati aku berkata..suami aku tak mampu berlaku adil..pada masa yg sama biras aku berkata merajuk je lah..lalu aku menjawab kalau merajuk pon kena pujuk diri sendiri tak di layan kita…sepjg perbualan aku dgn biras aku suami aku dengar kerana kami sama2 di dapor memasak..terus biras aku menegur suami aku bila isteri merajuk kena lah pujuk…nampak perubahan selepas itu..ada masa dia pujuk..bukan susah pon nak pujuk isteri nya..tapi bende sebegini yang di endahkan..suami aku seorang yg sangat peramah saling tak tumpah seperti arwah ayah ku.
Orang yg pandai bergurau senda..orang nya pandai jaga kebajikan orang tua…pandai ambil hati orang tua..baik dengan rakan2 sejawat..cuma paling aku tak suka suami aku nampak mesra dengan rakan sejawat perempuan nya..tidak di nafi kan rakan sejawat nya perempuan lebih ramai..lelaki boleh di kira dengan jari…mesra sampai tagged rakan sejawat perempuan yg belom berkahwin pada video2 lawak yg agak tidak sopan..pada aku dia luar batasan..macam apa yg mereka share tu seperti tiada apa2..kau lelaki yang sudah berkahwin..tapi gaya kau macam kau tak ada isteri..macam orang bujang dgn kawan2..mmg aku kenal siapa yg di tagged..tapi aku isteri dia..aku sangat sedih min..sangat sedih bila dia memilih utk tagged perempuan lain dan bukan aku..ada masa bila aku menegur sedang tengok video apa..kadang di bentak sebok saja nak tahu..aku isteri mesti la aku mahu tahu..aku juga punya perasaan..
Aku selalu nasihat suami aku supaya jaga batas pergaulan dia dengan rakan sejawat nya..dia malah gelak cakap aku cemburu buta..gila apa kalau isteri tidak cemburu….kalau dengan rakan sejawat nya ada saja gambar beramai2 brsama..tapi aku dalam setahun boleh dj kira berapa kali suami aku tangkap gambar bersama..aku tiada tempat untuk meluahkan..kerana suami aku pernah cakap ada kata2 aku seperti membuka aib rumah tangga kami..aku stress min..stress…aku rasa nak lari jauh2 dari suami aku…mental aku terseksa..kadang bende kecil dia maki hamun aku..kadang aku rasa tak guna aku hidup..tapi anak2 perlu kan aku..Aku selalu doa supaya dia sedar batas2 pergaulan..aku selalu doa supya dia lembut hati…tapi aku tak kuat min…aku rase aku tak kuat..benda namoak remeh tapi benda ni dah makan jiwa aku.. -terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku..
Aku insan biasa yang perlu kasih sayang dari seorang suami..




