Salam min. plss hide my profil. sekadar nasihat untuk semua dari pengalaman saya yang sangat saya takboleh lupakan Sampai skrg min. Aku nasihat sapa2 yang mendirikan rumahtgga menumpang rumah mertua. plss lah korg pindah. tinggal dengan mertua ni banyak buruk dari baik. menantu ni memang dipandang buruk je selalu. bagi korg dpt mertua baik bersyukur lah… Alhamdulilah. pengalaman aku min. 6 tahun kahwin..3 tahun aku menumpang rumah mertua alasannya first kahwin mertua aku memang tak bagi semua ank2 lelaki dia pindah duk rumah sewa. alasan rumah besar takada org. mcm2 lah. mula2 tu memang manis mulut. makin lama makin npk perangai mertua. duit suami aku memang control. Aku nak keluar pergi bercuti pun tak boleh takut habis duit anak dia.
Setiap perbelanjaan bulan2 suami aku pun dia nk ambk tahu. sampai anak 2 aku menumpang rumah mertua. Suami aku bab duit memang selalu bagi duit kat mertua setiap bln kami pun tak makan free 3 kali mertua halau aku min macam2 tak kena bila menantu hantu ni tinggal dalam rumah dia min. Asal buat silap cakap jangan duduk rumah dia. bangun subuh wajib kena menyapu rumah sebelum pukul 8 pagi. lambat menyapu sehari tak cakap dengan aku min. hari2 masak tak kena kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak sentuh lah masakan aku min. Tak masak salah. masak salah. Hari2 dipandang buruk je dpn mata dia min.
Aku tak cakap aku sempurna baik sangat setiap manusia ni pasti buat silap. aku dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri dan menantu dlm rumah. kerja rumah selalu buat.. mak aku pun dah pesan jgn malas tggl dengan mertua.. suami aku kerja luar kawasan min. Tapi duit selalu tak cukup walaupun gaji mahal.. suami tinggalkan aku rumah mertua. siksa itu aku je yang tanggung min. basuh baju tak kena. sidai baju tak kena. anak2 bising tak boleh. aku stress sgt min… suami aku memang takkenal macam mana perangai mak dia. last dia halau aku haritu depan suami aku. baru suami aku kenal macam mna mak dia layan aku.
Selepas tu aku dan suami nekad cari rumah sewa. suami pun dah dpt kerja dekat dengan rumah.. Allah je tahu macam mana perasaan dpt rumah sewa. kami masuk rumah sewa tanpa duit di tgn. Barang2 rumah pun tak ada yang ada tong gas dan dapur Untuk masak. tapi keluarga aku banyak tlg kami..l bg perabot Untuk kami. brg2 rumah banyak cari yang terpakai. Alhamdulilah. hidup kami bahagia dengan ank2 walaupun hanya makan telur dengan kicap. Selepas kami pindah rezeki kami makin bertambah.. rezeki takpnh putus. syukur. betul nasihat arwah nenek aku…KALAU MERTUA TAK REDHA MENANTU TINGGAL DENGAN DIA..REZEKI KITA AKAN SEMPIT…. perkataan itu selalu dlm ingatan aku min..
Aku cuba lari dari segalanya. alhamdulilah rezeki aku makin luas.. Jadi saya nak pesan kat korg. jgn lah bimbang kalau nak keluar dari rumah mertua. “tak ada duit lah..”Nanti tak cukup makan lah..”mana nk cari duit nak bayar rumah sewa lah” …insayaaAllah Allah akan permudahkan segala urusan rezeki kita nanti. jika dalam keredhaan nya. semoga korg dimurahkan rezeki untuk keluar dari kesiksaan yang ditanggung.. buat mak mertua saya. mak saya sayang mak macam mak kandung saya. masa saya tinggal rumah mak. saya selalu impikan saya dapat kasih sayag sorg ibu untuk saya sbgai menantu sbb saya jauh dengan keluarga saya demi anak mak. saya perlu kasih sayag mak. saya dah buat terbaik untuk mak dan anak mak..
3tahun saya tinggal dengan mak kadang2 tanpa suami disisi.. 3 tahun jugak setiap mlm saya tidur dengan airmata mak… Saya tak pnh simpan segala dendam tp hati saya amat terguris… Kami sayag mak..sampai skrg saya selalu nasihat anak mak agar balas sgala pengorbanan mak sejak dia lahir…jgn lupa tggungjwb dia pd mak..walaupun kami dah pindah..bagi korg masih tinggal rumah mak mertua..hati kena kental ye..selalu positif..hadap je segala perit dan duka korg lalui..maaf ada silap salah ye…nk lukis takpandai panjang sgt luahan ni..




