Assalamualaikum min. kalau kau hadap lagi tak? Duk menumpang umah mertua anak dh nak masuk 3. Jadi 5 lah dalam satu bilik skli aku ngan suami lpas ni..apabila aku cakap benda yang betul n perlu die buat die cakap sape aku nak ajar dia??suami cakap aku ni tak syukur. nafkah aku kdang2 bagi kdang2 tak..kalau bagi pn rm50 untuk 2 3 bulan. dia suh aku kahwin nga orang kaya.
Anak sulung dah 6 thun, aku ni bukan tak syukur tapi rasa tak patut, besar sangat ke salah aku mintak nak duduk rumah sewa, tiap kali mintak nak duk rumah sewa tiap kali tula gaduh2 dan die naik tngan, dua kali dh aku bertekak nga mertua, mertua cakap eh aku tak ajak pn kau nih dduk rumah aku anak aku yang bwak, aku terkejut juga dengan kata2 mak mertua aku tu, sedangkan kalau kami tak duduk situ die nak makan pn susah sebab sapa yang nak belikan, cucu2 die tuh pn tak besar mana pn.
Bapak mertua aku dh lama meninggal mertua pempuan ni suka ambik cucu2 die jaga. Tapi jaga keperluan jela, semua kerja hantar menghantar budak2 ni sekolah ke mesyuarat ke pape suami aku la yang kena. Aku tak kisah sangat pasal tu tapi yang aku sakit ati die ingat macam aku ni suka2 ke nak dduk rumah dia?? Sekarang memang suami aku berubah kalau sebut je pasal mak die atau nak duduk rumah sewa msti naik angin dan tampar aku, aku mengandung pun kena tampar, sepak juga..
Aku bekerja min.. aku bli moto aku beli kereta ngan duit aku sdri..tapi aku tak naik pn min,dia yang pakai,dia control aku bnyak bnda..cakap ngan org sekampung kalau jumpa tepi jalan pn die marah. msj ngan adik beradik pn die macam taksuka. kalau raya Memang dk dlm bilik je,macam takde anak beranak, aku stress ngan kehidupan ni, aku blik keje hari2 trus angkat baju n lipat, anak aku yang kedua taksmpai umur sthun lagi,ni dh ngdung plak dh nak masuk 21 minggu..
Time gaduh die akan cakap aku ni malas, bilik bersepah entah macam2 lagi lah. aku nak sngt bagi makan sdap2 kat laki n anak2 aku, aku beli brang2 dpur kdang2 dduk kat luar, mertua aku macam takbg aku tumpang peti ais dia, suami pun nampak apa yang mak die buat tapi die menangkan je. Dia cakap aku nih yang terasa n lebih2.
Pastu suami bleh plak cakap kalau duduk rumah sewa pun kalau makan kena beli baik tak payah sampai hati dia cakap aku macam tu pdahal dia pun tahu aku sbnarnya suka masak suka buat kuih, kenapa dia cari salah aku. Banyak lagi min die buat kat aku tapi takpelah. Allah ada Lupa nak bagitau. Suami cakap dia takkn tinggalkn mak die walau apapun yang jadi,n kalau mak dia matti sklipn die tak kan ikut aku balik duduk rumah mak aku atau rumah aku..