salam min..tolong hide profile saya.
salam warga KRT. saya rasa sakit hati sangat2 sekarang ni. saya dapat MIL dan FIL baik giler. tapi aku tak paham betul dengan kakak ipar aku ni dan laki dia. macam ni cerite dia. aku baru je kawin bulan 4 tahun ni. Dan belum dikurniakan anak. aku kawin dengan bujang dan aku janda anak 1 so lepas nikah aku terus duduk rumah MIL ni.
Dulu kami duduk berlima je. MIL , FIL, suami aku, aku, dan anak aku. kami semua bahagia. bil pun tak tinggi. makan ape yang ade. Ya Allah walaupun cukup2 makan tapi bahagia sungguh weyh. datang pulak kakak ipar aku ni. Entah kenapa entah. Tibe2 datang bawak barang banyak2.. masa tu dia tunggu hari nak bersalin.
Aku pun pelik laa lepas tu MIL aku cakap tuan rumah da halau dia orang anak beranak. jadi dia tak ade tempt nak duduk. selang berapa hari dia pun beranak. jadi sehari ke sehari dia berpantang sampai laa da abis pantang dan laki dia pun da dapat da rumah sewa baru tapi dia still tak pindah2.
Dia orang duduk memerap kat rumah sini. sampai anak2 dia sekola pun kadang2 aku tolong ambil dan hantar walhal laki dia ade je bongkang kat rumah. laki dia tak keje weyh abil part time je kadang2. kalau ade orang call ade laa. kalau tak ade duduk perap kat rumah. dah laa deposit rumah sendiri mereka minta barang kemas MIL aku tu.
Lepas tu tak bayar2 sampai sekarang. aku pun dah naik rimas dah dengan dia orang. Laki aku? Laki aku pun tak berapa suka sebab laki aku dan FIL tak merokok dirumah ni tapi datang laki kakak ipar aku tu suka hati dia je merokok kat dalam rumah. tak pikir hati tuan rumah. tak pikir anak2 or budak kecik yang ade kat dalam rumah tu.
Nak mat! tu mat! sorang2 tak payah ajak kita orang lagipun kalau nak mat! sangat tak payah mat! pelahan2 pergi je terjun bangunan tingkat 20.. dok isap rokok je rimas aku bau asap dia. laki aku pernah perli dia. busuk laa bau asap. da tahu dalam rumah ni tak merokok pergi lah isap rokok kat luar. tak pun telan asap rokok tu. tak hormat orang langsung.
Sakit hati weyhh.. dia buat dono jek. bebal tol. ni kakak ipar aku n laki dia bising2 kat FIL dan MIL aku. dia tanya bile kami nak pindah. tak reti2 nak cari rumah sewa ke tak malu ke mak ayah tanggung Helooaku ni menantu perempuan kalau laki aku tak mampu nak sara aku mertua kena main peranan lagipun mertua aku suka kami duduk dengan dia orang sebab aku tolong semua kerja rumah.
Tapi dia? dah laa laki tak kerje kakak ipar aku tu pulak asyik baring jek. alasan baby asyik nangis. mandi berak baby MIL aku yang buat. Menyampah betul laa! baru2 ni aku tak paham dengan dia. tiap2 hari dia sebut nama bekas kekasih laki aku. bekas kekasih laki aku tu baru bersalin. hari2 dia sebut. hari2 dia cerita dan tanya MIL aku tu. masa aku tak ade kat rumah tak nak pula dia tanya.
Time aku ade sibuk dia tanya pasal bekas kekasih laki aku tu. saje buat aku sakit hati. dia nak suruh aku cepat2 pindah. hmm aku memang tak sabar pun nak pindah cume duit tak mengizin kan. Insha Allah, Allah dengar doa kami suami istri yang da lama menahan hati ni. dia tu ade rumah. bukan nak pindah pun rumah dia. sibuk lagi duduk sini. sampai kami kena tanggung semua makan n bil kat rumah ni..
Dia hanya tahu dari pagi pegang remote sampai malam. laki dia? keluar mancing. lepas tu balik wajib ade makan. bong0k!!. macam bagus jek.. setakat makan kami tak kesah. kami tak pernah berkira. tapi fikir laa beban yang kami tanggung. dulu duduk berlima bil semua rm60 jek.
Datang dia orang anak beranak tibe2 bil jadi rm190 (bil elektrik sahaja). Beras 1 bulan 6 bungkus yang 10kg.. saape boleh tahan? kami nak kumpul duit untuk anak sekola lagi. nak kumpul duit untuk deposit rumah lagi. dia orang macam tak ade otak tau. geram laa. macam ne nak buat ek?