tolong hide pfile saya. Kisah bermula bila suami masuk penjara. Suami request returnkan kereta kawan yang suami gunakan. first aku jmpa kawan dia baru tahu itu kereta grab suami sewa. ketika melawat suami d penjara story dia part time job grab tu dan tanyakan aku dah keluarkan barang2 ke dari kereta tu. memang tidak la.
Episod bermula dengan pemilik grab. aku wasap info semua hal barang dalam kereta tu pemilik tu pun banyak tanya hal personal. pada aku waktu terus terang jelah sebab dia dah tahu kes semua.. pemilik cuba untuk menghulurkan kewangan tapi aku tolak. sekerasnya aku tolak. dalam hati aku tak ader niat pun nak duit orang dan pada waktu ini aku masih ada duit .
Aku jatuh cinta ! ya jatuh cinta. Astafirullahhalazim apa aku buat nie Demi Allah aku tak tahu nak ucap macam mane buleh lahir perasaan tu. ketika suami di penjara aku yakin allah sedang menduga tidak hanya kepedihan juga dengan kesetiaan. Allah huakabar aku suke bahgia rasa dapat lari dari perit dugaan dapat jalani hidup seperti tak ader masalah.
walaupun aku rasa bahagia jiwa aku masih konflik dengan dosa macam2 aku pikir inikah yang aku mahu pada usia 40 dalam aku mencri Allah kenapa aku rapuh untuk kalah pada hawa nafsu. malam itu aku bertaubat menangis sepuasnya takutnya aku pada Allah aku kirim wasap beritahu pada pemilik Demi Allah aku jtuh cinta dan rindunya pada aku..Demi Allah aku tinggal dia kerana semua ini salah!!
4 hari sepi. Hari ke 5 aku wasap dia atas urusan doc suami yang masih ada pada simpananya. dia janji untuk menolong dan soalan sterusnya tak rindukah aku pada dia.. Terus aku menjawap YA aku sangat rindukan dia Allah huakbarrr apa aku buat ni.. kami chat panjang dia tanya soalan yang sama hal aurat aku (Rambut) ya sebelum ni pemilik pernah tanya aku jawap H4RAM AURAT KU.
hri ni aku beritahu jawapnya. katanya happy sangat sekadar untuk mengenali aku lebih dengan soalan itu. request sebelum tidur untuk peluk aku. ada tanda? dalam jiwa aku tapi aku abaikan. esoknya dia beritahu bz untuk 2 hari maka aku berdiam diri shingga hari ke 4 dia masih diam. muskil aku rasa sperti apakah sebenar aku dah nampak tapi masih mengharap.
Aku wasap tanya kenapa diam saje atau aku boleh move on ya Allaah kenapa pikir sampai macam tu katanya. aik ayat diaa (dalam hati aku). aku just cakap letih jiwa menunggu. pemilik jawap sori sangat sangat.. begitu la hubungan aku dengan pemilik. Pada satu petang dia call dan wasap cakap rindu sangat2.. ya aku sekali lagi menjawap dan dia kate nak peluk.
Dia request aku untuk berjumpa actually request ni bukan kali pertma dah masuk 3 kali. kali nie aku layan. beria atur langkah semua ke sana. Aku stay umah dia. Aku tanya bini macam mane katenya bini duduk lain aku teruja dan aku yakin kalau jumpa pasti telanjur. Aku malu nak minta tolong Allah berikan aku ptujuk atau jalan sebab aku rasa dah kianat taubat yang aku lakukan.
Paginya aku pegi keje seperti biasa mungkin kamis atau jumaat aku akan gerak. tapi hati aku masih gelisah. teringat ustaz yang ada dalam fb lalu aku messg minta dia nasihat aku. (smpai hari nitak der reply haaahah) tenghari aku terima call dari sorang perempuan cakap dia isteri kepada pemilik Ya Allah.. debar sungguh ketar2 tangan aku.
kami bebual Ya Allah ampunkan aku. alhamdulilah syukur kau masih sayang pada hambe mu. terimaksih Ya Allah kerana menghantar bantuan mu. Pemilik seorang kaki perempuan. Allhhuakabar … Ya Allah ampuni Aku.