Assalamualaikum.. Kali ni aku rasa kesabaran aku dah sampai ke puncak.. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa setiap kali pergi berubat orang takkan bagitahu siapa yang buat. Dan kali ni terjadi pada aku. Aku berkahwin dengan duda anak dua. Memang awalan perkenalan kami ada yang tidak puas hati. Terutama janda laki aku. Tapi aku munasabahkan diri anggap benda ni ujian kami. Macam2 halangan dan tuduhan dibuat oleh janda laki aku pada aku dan suami. Sampai sanggup hasut anak2 laki aku suruh benci aku as mak tiri. Tapi aku tetap buat yang terbaik walaupun langsung tidak dihargai. Aku cuba dan usaha walaupun anak2 tiri cakap aku macam2.. Tapi aku diam. Aku bersabar sebab suami..
Sampai satu tahap aku rasa diri aku ni ada sesuatu dan aku cuba rujuk kepada seorang ustaz tapi apa yang ustaz tu bagithu aku kena sihir pemisah dari janda laki aku. Tapi aku tak suka sangat percaya benda tahlul macam ni.. ( even betine tu dah buat aku macam2 tapi aku masih lagi nak positive.) sampai la ak terjumpa seorang makcik ni. Untuk ubatkan senggugut aku.. Ape yang mengejutkan.. Makcik tu cakap benda yang sama.. Iaitu janda laki aku sihir aku supaya tidak boleh mengandung.. Mase tu aku tak tahu apa perasaan aku.. Yer aku marah dan ak sedih.. Apa salah aku sampai macam tu sekali die buat aku..
Aku bujang Aku bukan janda.. Aku juga ada keinginan nak ada ank sendiri.. Kau buat macam ni sebab kau marah duda kau kahwin dengan orang lain.. Sedangkan yang bercerai dulu sebab kau gilakan jantan lain.. Apa salah duda kau sampai kau halang die untuk mencari kebahagiaan die sendiri.. Kau buat macam ni pada kami sebab tak nak ada anak baru and suruh fokus pada anak kau.. Ya Allah aku tak tahu dah nak terima kenyataan ni macam mana.. Kau nak semula dekat laki aku sebab sekarang kau ada masalah dengan laki kau.. Sedangkan kau kahwin dengan laki aku dulu pun kau mengandung anak orang lain..
Kau buat laki aku mcm dungu. Macam lembu bodoh. Aku mampu doakan kau supaya kau terima lah balasan apa yang kau dah buat pada kami.. Kau hasut family mertua untuk tidak menerima aku.. Kau guna anak2 untuk sihirkan aku.. Aku harap kau hidup dalam kegelisahan.. Semoga ada karma menanti kau.. Kepada pembaca doakan aku mempunyai zuriat dan doakan aku supaya menjadi isteri dan ibu yanh solehah..




