assalamualaikum
mohon pendapat sahabat Luahan Rumah Tangga ,saya dah berkahwin dgn isteri selama 7 tahun dan 3 orang anak, sebelum berkahwin saya sememangnya tahu yang isteri pernah couple dengan sahabat saya sendiri, dan sebelum bernikah dengan isteri, saya ade bertanya dengan isteri samaada mereka pernah terlanjur, namun beliau menafikannya dan sanggup bersumpah atas nama ALLAH, disebabkan itu saya dengan ikhlas menikah dengannya. Namun setelah 7 tahun bernikah telinga saya sendiri mendengar yang mereka pernah terlanjur.
Lalu saya bertanya isteri saya dan barulah beliau mengaku dalam keadaan marah dan menganggap saya mengungkit kisah silamnya, sedangkan sebelum nikah saya memang telah bertanya.. Mohon pendapat sahabat Kisah Rumah Tangga apa tindakan yg sepatutnya saya lakukan, maksud saya tindakan ya g berlandaskan agama dan bukan tindakan memb*bi buta. saya sanggup melepaskan isteri saya dengan ikhlas lillahitaala sekiranya dia mahu berkahwin dengan sahabat saya tu, memandangkan saya tak mahu anak anak saya terbiar sekiranya berlaku penceraian antara saya dan isteri.. mohon admin hide profile saya..terima kasih