Salam min.. Aku tak tau nak buat mcm mana pasal hubungan steri aku dengan mak aku. kami dah kawin 5 tahun. Aku boleh nampak isteri aku ni tak suka kat mak aku.. Kalo nak ajak blk rumah mak. isteri aku mesti bagi alasan keje penat tak ada masa.. Padahal bukan dia yang drive.. Aku tak tahu sama ada nak jaga perasaan isteri aku atau mak aku.. Dua2 aku kena jaga.. Mak aku pulak kerap tanya aku bila nak balik? Isteri aku pulak tak nak balik.. Aku kena jaga perasaan dia jugak kalau tak dia akan beritahu aku ni selalu backup mak aku drpd dia then macam2 dia akan ungkit..
Masa baru kawin mak aku dulu pernah pertikai pasal kandungan isteri aku sampai mak pernah tuduh aku sendiri terlanjur dengan isteri aku dulu yang meng4sut mak aku tu adalah kakak ipar aku.. So keluarlah dari mulut mak aku tu pasal kandungan dia.. Then gaduh besar la.. Lepas tu mak aku dah minta maaf kat isteri aku.. Tapi isteri aku tak boleh move on sampai sekarang.. kak ipar aku ni plak jenis sombong bod0h taknak mintak maaf sebab dia yang mula bawa mulut..dia la penyebab yg suruh mak aku tanya pasal kandungan isteri aku dan keterlanjuran aku..
Mak aku ni baik cuma dia akan jadi jahat bila ada org cuba mengh4sut dia. Bila dimata org tu yang bekerjaya dan berduit.. Sampai anak sendiri dia akan tuduh aku berbohong.. Aku tgk bila isteri aku depan2 mak aku okey je siap bergurau.. Tapi dalam hati dia aku je tau yg dia tak suka n tak ikhlas.. Mak aku pulak fikir benda tu dah lepas so tak ada apa2 la.. So dua2 aku kena jaga perasaan masing2.. Aku jadi tekanan sampai hal kerja sendiri aku jadi tunggang langgang..