Assalamualaikum. Hai min dan warga krt semua. Ni kali ke dua aku nak share kisah aku dengan isteri. Dulu aku pernah share pasal isteri aku yang sangat penyabar dan aku si hitam dan j0nggang tapi kali ni aku nak share pasal isteri aku yang selama ni aku tak tahu untuk ape dia minta duit setiap kali aku beli r0k0k dengan harga r0k0k tu dia nak duit. Walau pn sebatang r0k0k aku beli. Kisahnya bermula sejak aku intervieu kerja kat kuantan, alhamdulillah tak lama lagi dalam bulan satu aku akan dipanggil untuk taklimat pasal kerja. Sekarang aku kerja welding je.. gaji pun persen je. Kadang2 seminggu dapat rm50 hngga 200 gaji. Alhamdulillah cukup buat beli susu, pampes dan barang dapur dan sedikit nafkah buat isteri tercinta walau pun rm20.
Semalam aku termenung mana nak cari duit nanti nak ke kuantan, kalau betul2 dapat kerja. Mesti kena cari rumah sewa lagi, duit minyak nak ke sana. Duit deposit rumah sewa lagi. Pening aku min. Tetiba datang la isteri aku yang chubby tu.. tanya aku kenapa termenung tak elok termenung nanti tak laku, tak ade orang masuk minang. Haisss gurauan dia tu selalu menyentuh hati aku buat aku ketawa, ade2 je dia ni. Aku cerita la kt dia ape yang aku termenung tu.. Pastu untuk sementara aku nak hantaran dia ke rumah mak dengan abah, untuk sebulan sementara aku dapat cari rumah sewa dan dapat gji.. dia tak nak,, dia cakap buat ape kawin kalau berjauhan. Dan dia tak nak nanti dia makan sedap2 sana, sedangkan aku makan nsi goreng telur je.. dia cakap biar susah kita sama2 susah, biar senang kita sama2 senang. Ape yang ade kita makan sama2 walau pun cengkodok kosong .
Nak nngis pn ade aku, bersyukur dapat isteri macamni… memahami. Aku cakap la kt isteri, tak ade duit nak ke sana, nak duk mana kita. Habis pikir dah aku.
Aku pun tak tau nak cari mana duit.. kerja aku sekarang pun cukup2 untuk makan je.. tak sempat nak simpan dah.. bulan 1 depan nanti akan dipanggil untuk taklimat kerja.. Tetiba isteri aku masuk bilik,,,
Dan bawa botol biskut. Dia suruh aku buka, Terkejut min aku buka.. ya allah banyak duit. Aku kira semua jumlah banyak. Aku tanya la isteri aku, ambik mana duit ni.. banyak macamni, nafkah? Kadang2 je aku bagi , time ade duit lebih. Dia pun tak pernah minta duit.. tpi setiap kali aku beli r0k0k pasti dia minta. Rupanya setiap kali aku beli rokok duit yang dia minta tu la dia simpan.. dia cakap kalau tak merokok rm5 tu dapat simpan dah.. 7 hari rm5 dapat 35 dah..
Selama ni aku tak pikir pun kenapa dia minta duit tu. Ingat dia dengki dengan aku. Rupanya sangat berguna wei. dia bagi duit ni kat aku untuk ke kuantan, untuk cari rumah sewa. Untuk belanja sebelum dapat gaji.. Bertuah aku dapat isteri macam ni. Dia tetap setia dengan aku walau pn aku tak hensem, j0nggang hitam. Beza jauh dengan dia, putih, chubby, hidung mancung. Tapi satu je yang aku pelik dengan dia. Dia tak pernah cerita kisah dia kat aku selama 2 tahun aku kawin. Aku punya la tanya dulu skolah mana, pernah kerja mana. Dia cakap satu je yang penting halal. Setakat tu je min aku nak share. Buat kaum isteri semua, lepas ni setiap kali laki korang bli r0k0k korang minta duit dengan jumlah r0k0k tu. Ok tq min.




