Assalammualaikum..aku nak luahkan perasaan sikit kat sini..dalam 5bulan lepas suami aku kantoi curang dengan kerani tempat kerja dia..mmg dia seorang ja pekerja perempuan kat situ..sedih tu memanglah..hanya Allah ja yg tau perasaan ni..lepas kantoi tu terus suami aku berhenti kerja, dia buang terus perempuan tu. suami aku memang tak pakai fon dah sampai la sekarang..dia punya nak buktikan kat aku yg dia dah menyesal..tapi tak semua perempuan blh terima semua tu..memang suami aku buang terus perempuan tu. tapi aku ni tak puas hati, aku pegi jumpak perempuan tu kat tmpt kerja diorang, and aku mintak fon dia. aku cakap kalau tak nak aku bising kat sini bagi fon tu. aku nak baca semua wsap² korang.
Yang sedihnya ada ayat suami aku kata kat perempuan tu..”sayang tau tak mula² abg tgk syg abg dah memang suka kat sayang..menyesalnya abg kahwin awal dulu..” ni first ayat yg aku baca.. banyak angan2 diorang untuk hidup bersama. ayat kedua pulak “abang sayangkan syg lebih dari abg sayangkan isteri abg, abg tak tau nak cakap mcm mana tapi ni dari hati abg ok. sayang tolong la doa bg kita blh kahwin..” Ni la antara ayat2 yg aku paling tak blh lupa..dah la masa suami aku kantoi tu aku tgah pregnant 6mggu masa tu. now kandungan aku dah 6bulan..mmg la suami aku jaga aku elok..tapi emosi aku ni..mmg tak stabil la..aku mcm tak blh nak hadap muka suami aku..
Adakalanya air mata aku ni murah sangat. selalu sgt aku menangis sorang-sorang bila teringat balik semua pengkhianatan yg suami aku bg kat aku. aku sanjung tinggi martabat seorang suami. tapi aku tak sangka. dia letak maruah aku ni bawah tapak kaki dia ja. hancur luluh hati ni bila dapat tau, suami yg baik. yang penyayang, yang terlalu susah nak cari. boleh buat macam ni. ya Allah. Usia perkahwinan kami dah 11 tahun dah. boleh dia cakap dia menyesal kahwin awal. Then bila dah kantoi mcm tu dia blh pulak tinggalkan kekasih dia tu.
Aku nak mintak pendapat sahabat2 dalam group ni.. apa perlu aku buat sekarang. susahnya perangai aku ni. susah untuk memaafkan suami aku. susah aku nak melupakan semuanya.. Adakalanya bila sampai tahap emosi aku teruk aku maki dia macam2 tapi dia aku macam biasa mintak maaf mintak maaf kadang aku saja nak bagi dia benci aku supaya dia blh la lepaskan aku tapi semuanya hampa. suami aku ttp mcm biasa. Ya Allah aku tau betapa berdosa nya aku. tapi aku hanya insan biasa. Luka hati aku ni mmg aku tak blh nak rawat..tak blh…nak anggap semua ni mcm mimpi,tapi ni semua realiti..
Allahuakbar..dia baru bercinta dengan perempuan tu 4bulan ja. Tapi dia blh sayangkan perempuan tu dari aku. tau la. dia tu anak dare. Kecik. halus. molek.. dulu aku pun macam tu. Tapi bila dah beranak 3 ni. chubby la sikit. bagi aku, bila kau dah berangan macam tu nak hidup dgn perempuan tu, teruskanlah niat kau. jangan patah balik dekat aku..patut la sepanjang diorang bercinta, aku call dia, wsap dia. tak pernah jawap. Alasan kerja. aku ni seorang yg positif. tak pernah fikir yg bukan2. org bgtau aku yg suami aku rapat dgn perempuan tu pun aku cakap, biasa la tu dah kerja sekali. tapi tak sangka apa yg org bgtau,semua betul.
Sampai tahap dah peluk cium la malam kantoi tu aku ambil al Quran letak depan suami aku.. aku tanya habis2 apa lagi yg korang dah buat. dia cakap ‘hanya’ peluk cium. takdak yg lain walaupun diorang berniat nak buat lebih dari tu. tapi tak pernah jadi pun. hemm. tu dah Allah bg kantoi. kalau tak kantoi rasanya. mmg jadi la.. eeiiiyyyy aku geram la. geram sgt. tapi tak blh buat apa sampai sekarang selagi aku tak melahirkan anak ni. Ya Allah. tersiksa nya perasaan aku. yg perempuan tu pandai pulak cakap suruh aku terima suami aku,dia dah berubah dah menyesal. masa aku marah perempuan tu boleh pulak dia kata kat aku kalau betul dia jahat dia dah rampas sepenuhnya suami aku tu tapi dia tak buat pun mcm tu sebab dia kesian kat aku. pala hotak dia. sampai dah tahap peluk cium. kesian konon. puiihhh