Salam min . Tolong postkan. Aku nak mintak pendapat kawan2 kat sini . Aku da kawen 3tahun,dan ade anak kembar perempuan . Dulu laki aku pernah kantoi nak ambik khidmat pel*cur sebab aku baca mesej dorang, tapi aku bagi dia peluang sebab selama ni dia tak pernah buat salah pape pon. Itu cerita tahun lepas bulan 10. Ni tak sampai setahun lagi ,dia buat lagi perangai . Hari sabtu lepas dia hantar aku balek kampung dengan anak2 sebab dia ade kelas weekend . Nak dijadikan cerita malam tu dia kantoi menipu ,dia kata dah balek uma pukul 9 pm tapi sebenarnya tak . Bila da kantoi dia kate main pubg dengan kawan2 sampai 2/3 pagi kat mamak . Tapi dia langsung tak mintak maaf.
Bila aku balek sini dia langsung tak bcakap pasal tu, not even said sorry. malam tadi aku check hp dia dan tengok history google search dia . Dia carik pel*cur transgender area kl dan dia ade guna waze untuk satu lokasi kat kl malam yang dia kate dia main pubg tu . Bila aku tanya dia kate bincang lain kali . Harini aku ingat nak print borang cerai dan isi . Aku tau aku banyak kekurangan sane sini, sebelom ni aku memang dah berusaha perbaiki aku layan dia baik2 kalau dulu dia komplen asek dia je mintak tapi lepas peristiwa tu hari2 aku mintak sampai dia yang tak larat lepas tu aku beli macam2 jenis baju tido sksi2, mcm2 style ade.
Sebelom ni aku tak jaga penampilan sangat kat uma, lepas peristiwa tu bila dia ade je kalau aku busuk dan buruk lepas buat kerje cepat2 aku mandi dan wangi2 . Aku da berusaha macam2, tapi macam aku sorang yang beria . Aku taktau ape lagi yang kurang. Dia ayah yang baik untuk anak2 aku, memang tak dinafikan dia selalu jaga anak, mandikan, basuh berak muntah, buat susu waktu malam basuh, lipat kain semua . Tapi sebagai seorg suami dia bukan suami yang baik lagi2 berkaitan perempuan. Aku buntu. anak aku 2 orang baru setahun lebih . Gaji aku 1k je, kreta pergi kerje pon laki aku punya. Kira aku tak ade pape harta langsung (salah aku gatal sangat nak kawen).
Kalau aku cerai dgn dia macam mana ye aku nak bayar kos anak2 aku yang selama ni yang laki aku tanggung tu ? Pengasuh rm750 , pampers rm200 ,susu rm180 . Aku tak ade moto dan kereta . Anak aku pulak yang first twin tu ade masalah jantung yang second hb low dan dorang kerap sangat sakit. Pergi pakar kanak2 swasta pon kadang 200 lebih sekali pergi. Memang kena ulang alik hospital selalu sebab ade appoinment lagi .Uma mak aku pulak jauh dari pekan, tapi inshaAllah tak jadi masalah la bab ni .So soalan aku Sape yang ade pengalaman membesarkan anak2 kecik2 tanpa ada apa2 harta n boleh berjaya ? Buat ape je ? Ada tak bantuan2 yang boleh ringankan beban aku kalau aku bercerai nanti atau ada nasihat untuk bagi peluang lagi.
Contoh bantuan susu/pampers/ubat ke .Sebenarnya aku taknak anak2 aku hidup susah ,sebab sekarang ni dorg boleh la dikatakan mewah . Tapi aku taknak dah jadi isteri derhaka yang tiap hari sangka buruk dan mengutuk suami dlm hati tak dapat maafkan salah silap dia sekaligus tutup pintu rezeki dia . Kalau dia tak bahagia dengan aku, biarlah aku undur diri je .Tolong bagi aku semangat dan pendapat .Aku takde kawan bercerita.




