Salam min. Sedih betul aku dengan perangai anak aku ni. Begini ceritanya. Aku ni pengemar ayam goreng KFC sejak dari kecik lagi. Bila dapat gaji je konfom aku beli ayam goreng KFC banyak2 buat balik umah. Tapi aku makan sorang2 je dalam bilik tak kongsi pun dengan anak bini aku. Tapi masalah sekarang ni anak2 aku ni selalu je kacau aku time aku makan ayam KFC nak mintak seketul la apa laa sedih betul aku dengan diorang ni.
Kadang2 aku rasa dunia ni terlalu kejam bila mood kita ok selera nak makan pun ada tapi mesti ada je orang kacaukan Pelik betul Sedihhh… Tapi aku tak penah bagi pun ayam goreng KFC aku kalau anak aku mintak takut tak cukup. Kalau aku bagi seketul dia rasa sedap mesti dia mintak lagikan. Tak gitu min.




