Assalam semua, tq min post kisah akk…
Saya seorang isteri, 4orang cahayamata, suami kerja gaji hari, saya berumur 40 tahun. masa saya tulis luahan ini air mata saya mngalir laju. sungguh saya tak kuat untuk teruskn hidup ni, saya penat, saya letih saya berdoa pada Allah. andai matti itu baik buatku aku redha, aku tak punya sesiapa pun yang menyayangi diriku. nak ku bunnuh diri tapi aku hamba Allah, aku kasih pada Allah kerana sejak kecil hanya Allah tempatku menngadu. hanya Allah saja yang melihat kesedihan ku seejak lama dulu hanya Allah tempat aku berbicara dan merintih, ya!
Sejak dulu sejak ayah dan ibu Bercerai ! Neneklah segalnya bagiku smpai satu2 nya orang yang ku sayang selain ayah ku pergi mngadap ilahi aku kehilangan tempat bergntung, ibu sejak bercerai entah kemana, dengar cerita telah brkahwin, ayah juga telah berkhwin bermulalah episod sedihku sejak kecil aku bekerja, aku berdoa pada Allah hadirkn aku seorang insan yang akan menjaga ku. menjadi pelindung ku dan myintaiku seadanya, jodohku dengan suami hingga kini telah 20 tahun anak sudah mningkat remaja. mungkin kerana perkawinan tanpa cinta
Seeloknya kita fikir banayk kali, tanpa cinta aku lahirkn 4 anak? jangan kecam diriku lahirnya keempat anakku hanya kerana tanggungjawab ku sebagai isteri. mungkin kerana tiada rase cinta maka perkawinan kami bertahan untuk anak2. Saya penat, penat cari duit untuk belanja sendiri kerana suami kata kalau nak duit cari sendiri. Dia merungut bila saya mintak duit lauk, anak2 makin membesar dan masih bersekolah, saya penat kerje siang malam cari duit nak bantu serba sdikit, tapi dia tak pernah hargai saya.
Pukul 3 pagi saya buat nasi lemak saya letak kat kedai, lepas tu saya direct kerje kedai makan sampai petang, 7 hari seminggu saya kerje saya penat sangat, balik kije saya buat persiapan nasi lemak buat sambal dan kemas rumah, pukul 12 baru saya nak lelap dia pulak pegi melepak pukul 2 pagi balik tuntut nafkah battin, saya letih nak layan sebab puku l 3 pagi saya nak buat nasi lemak. saya kena kerje untuk diri saya untuk pakai saya belanja saya belanja anak2.
Saat ni badan saya sakit2 dah berapa hari tak selera makan mungkin sebab terlalu penat apatah lagi kerja kedai makan cuma ade sorang rakan sekerja, kami berdua berhempas pulas bekerja buat semua kerje memng tak de masa nak duduk atau makan. 7 pagi smpai kul 1 tghari kerje tnpa henti. walau gaji tak seberapa tapi saya perlu kerje, duit umtung nasi lemak dapat lah sepuluh dua lepas tolak modal.
Tadi saya minta tolong suami picitkan badan saya kerana satu badan terasa sakit dan bisa tapi saya hampa. Suami cuma buat tak tau je.
Saya panggil2 anak2 tolong pijak belakang saya suami siap cakap kat anak lompat atas belakang saya terus saya cakap anak ” jangan dik kalau mak matti sapa nak jaga adik? Bagi makan adik hantar adik sekolah, kalau adik sakit sapa nak hantar jumpa doktor ? Semua mak. Airmata saya masih mngalir laju, bagiitu rutin hidup saya sepanjang perkahwinan.
Saya jaga diri saya sendiri bahkan masa penting saya buat sendiri, kalau saya isteri derhaka cerita keburukkn suami saya redha Allah murka pada saya.
Dan kalau kata saya mereka cerita biar Allah yang tau segalanya. saya cuba jadi isteri terbaik, andai esok saya tak kuat untuk hadapi derita ini doakan anak2 saya, kerana saya yakin Allah akan jaga mereka. bagi anak2 sayalah segalanye. berapa kali saya berhenti menulis kisah saya ni jari jemari saya tiba2 rase kejang.
Sahabat semua jangan kata saya wanita yang tak tabah sejujrnya saya cuma harapkan keajaiban dlm hidup saya.
Biar saya penat letih tapi ade seorang yang akan menghargai saya dan menyintai saya. sudah lama saya tak dengar perkataan sayang atau cinta sampai saya lupa bagaimana rase di cintai. impian saya. saya nak bahgia satu saat nanti tapi rasenye itu cuma tinggal mimpi entah berapa lama saya dapat bertahan kerana saya sudah hilang keyakinan diri. doakn saya tabah hadapi sisa2 hidup saya bersama derita dan kesedihan ni doakn Allah akn memkbulkn doa saya. saya cuma ingin bahgia




