Assalam. terima kasih admin minta hide profile. Aku cuma nak buat luahan hati sbb aku tak ade tempat nak diluahkan. aku dah berkahwin setahun lalu dan dah anak sorang. Pada awal perkahwinan aku akui aku seorang yang panas baran selalu marah2 isteri. Aku tau isteri aku makan hati dengan sikap aku yang tak layak dipanggil seorang suami.
Pendek cerita sampailah satu tahap isteri aku ambil keputusan untuk tinggalkan aku. Mungkin situ Allah nak gerak hati aku untuk ubah sikap2 buruk aku ni. Aku menyesal dengan segala tindakan aku dulu. Aku merayu pada dia dan dia terima kemaafan aku. Serius aku banyak berubah dari panas baran jadi penyabar, dari biarkan isteri buat kerja rumah aku sendiri yang basuh baju masak nasi jaga anak lepas ambil dari pengasuh.
Pendek kata aku banyak ubahkan diri aku sebab aku sayangkan hubungan keluarga ni seperti mana aku aku sayangkan dia waktu mula bercinta dulu. Tapi entah la, baru2 ni sikap dia lain sangat. Dia tak suka aku lepak dengan abang kandung aku. aku ni tak ramai kawan. Nak melepak malam2 dengan kawan memag tak la ssbab aku jenis tak suka melepak tak tentu hala.
So salah ke aku ambil masa sebulan sekali je nak release tekanan kerja dengan melepak dengan abang kandung aku. Semalam dia tarik muka dengan aku sebab aku jawab call abang aku dan aku tak nak marah2 dia macam dulu so aku tido kat ruang tamu yang penuh dengan nyamuk. Aku kecik hati dengan dia yang makin bersikap seperti seolah tiada cinta lagi dalam hati dia yang susah aku nak explain disini.
Mungkin penyesalan aku, perubahan pengorbanan aku buat tiada makna bagi dia lagi. Andai dia ingin tinggalkan aku lagi tak apa lah. aku terima aku redha walau anak aku kecik lagi. Aku doakan dia berjaya dunia dan akhirat dan jagalah anak tu sebaik mungkin sebagaimana aku jaga makan minum pakaian anak aku. Aku minta maaf pada korang dengan luahan hati aku menyemak kepala otak korang. terima kasih




