hi min. aku nak luahkan sikit. mcm biasa hide profile aku. aku cerita dri pada aku sakitlah sng kalau korang nak bagi pandangan/nasihat. aku baru ada anak sorang. umur setahun. pasal baru2 khwin aku cerita sikit je. sebab korang pun thu biasanya pada awal perkahwinan je indah. dia baik ambik berat. tak pernah tengking aku. Lepastu aku mengandung.. dia tak berapa senang nak layan kerenah aku. satu haritu. dia tetiba tngking aku. dia kata dia nak tegas. aku sentap nangis sedih sangat masatu tengah sarat mengunggu hari nak bersalin. padahal layanan aku kat dia elok. tak pernah tinggi suara kat dia. aku marah sangat kat dia. sebab tiba2 dia buat aku kecik hati.
Aku sumpah kat dia. aku bersalin nnt kau tak kan boleh masuk LR. Tiba hari aku nak bersalin betul2 dia tak dapat masuk LR. aku pun selamat lahirkan anak aku. cerita dia bermula kat sini. masa aku berpantang.dia kurang jaga aku.mlm pun masih lagi keluar melepak. bila aku kat hospital. dia melepak. bukan dia rehat kat rumah untuk sediakn diri nak jaga aku dan anak aku masa aku brpantang. tapi masa aku berpantang tu la dia berehat. Malam jarang tolong aku buat susu untuk anak. tukarkan pempes apatah lg. aku strss sgt masa tu smpaikan jahitan aku koyak banyak kali.
Dia yang dia tahu main game je. bila aku mntk tolong sebab susah nak bgun darah banyak menitik2 ke lantai dia tengking aku. bayangkan aku dengan sakit bersalin. sakit jahitan terbuka 3 kali. dia tak tolong aku jaga anak pun. makan minum aku mak jaga. anak aku mak aku yang mqndikan . dia sedap tido. ada skli tu. mak aku dah mandikan anak aku. aku kena siap2 kan anak aku. ada pernah aku sendri melutut mandikan anak aku sndri sebab aku strss suami aku macamtu. dan mak aku penat lagi sebab dh tua. kalau mak aku mandikan anak aku. aku kena tggu untuk sambut anak aku lepas mandi.
Masa aku siapkan anak aku mandi, anak aku nangis sebab nak susu. aku tak cukup tangan sebab aku tengah siapkan anak aku sambil tuam perut dan tampak kaki anak aku. dia sedap tido. Lepastu dia bangun. dia marah2 aku. aku menangis. aku cakap kat dia “dah tahu aku sorang2 siapkan anak, anak haus nak susu. tolong lah bangun buatkan susu”. dia tengking dan maki aku. dia cakap aku si*l .dia cakap dia penat keje.. dalam aku berpantang seolah2 sendirian tu. rupanya ada perempuan baru lapor tempat keje dia cuba nak menggatal dengan dia. siap bagi laki aku makan.
Rupanya lepas aku siasat. sebab perempuan tu la dia tngking aku tanpa sebab masa aku mengunggu hari. sejak dari tu aku pendam sorang2. aku banyak kali warded sebab jahitan terbuka. dri situ lah aku kena gangguan.. (lepas setahun kena gangguan aku baru sedar dan tahu yang aku kena gangguan). sepanjang setahun ni. dia tak pernah bamgun tolong buatkan susu anak aku dan tukar pempes anak aku. smpailah cerita bulan puasa.. lagi berapa hari nak raya. aku sibuk buat kuih raya. dia macam biasa. Bangun tido tengah hari dekat nak zohor. tolong dia bangun mandi siap2 pergi tolong member dia buat lemang.
Tak salah nak tlg tu tapi tengoklah sendri bini dengan anak baru 4 bulan masa tu jaga anak sambil buat kuih, tapi suami lebih pentingkn nak tolong kawan dari tlg bini sndri. masa nak raya tu aku ckp. tukarlah keje dengan kawan2 yang bujang tu. ambil lh cuti teringin nak raya sama2 masa raya pertama. dia cakap tak boleh. beberapa tahun lagi baru boleh ambik cuti. Tu pun nak blik rumah mak dia. sedangkan aku tak pernah dapat beraya seminggu pertama tu dengan suami sndri.. okay sambung pasal gngguan tdi . aku syak sejak anak aku demam panas tak kebah2 sampai masuk ward dan masuk ubat paling kuat pun tak kebah. aku ikhtiar pergi jumpa ustz2. ustz cuma cakap gangguan biasa je.
Aku pelik. setiap kali aku peri0d anak aku demam panas smpai tahap kena sawan tarik banyak kali. aku dengan tak tidur jaga anak demam sorang2 dengan gangguan tu ada pada aku. memang susah aku nak kawal emosi aku. mana yang pernah kena ni tahulah mcmana susahnya bila kau sendiri tak boleh kawal diri kau. (bilamana dalam diri kau ada benda lain yang kawal kau. jangan cakap tak sembahyang. aku sembahyang aku baca surah. tapi tak boleh benda tu mengacau buat aku keliru ayat yang aku baca semua berulang2).
korang byangkan masa anak aku tengah demam panas sampai sawan tarik tu dia buat apa dia curang dgn aku dia berjaga lewat malam dia main game dengan betine. dia vdeo call dengan betina masa kerja dan dlm bilik . aku dpt thu masa dia tgglkan hp dia kt anak aku. aku trgerak nak cek hp dia masa tu. dia bagi aku alasan b0doh tak boleh ambik cuti masa anak aku sakit macamtu rupanya kat tmpt kerja dia sng nak vdeocall dgn perempuan tu. bila aku marah dia ckp aku kongkong dia dan dia ckp aku pula yang terkongkong dan nak bebas. (dia nak ceraikan aku). takcukup dgn tu. dia siap bg alasan nak pergi funfair sebab nak cari barang utk anak aku . kau rasa mcm logik tak alasan dia tu. anak tgh skit. tp sibuk nak ke funfair cari brg yang bukan keperluan anak aku masa tu. aku ckp kt dia “anak tgh sakit kau sibuk nak berhibur,lantak kau la mana kau nak pergi pun .aku malas nak tmbh stress”..
sebulan lpstu aku ikhtiar rwtn islam smpai anak aku sembuh.. Alhamdulillah dia dah tak dmm sebab gangguan lagi.. baru2 ni dia tebiat sgt dgn hobi baru dia. dia punya excited smpai biarkan bini tggu lama kt rumah padahal dh berapa lama aku takbawak anak aku keluar(masatu dia pakai kereta.kalau tak.aku dh bwk anak aku keluar sendiri). Dia ckp dia nak kurus sebab orang atasan dia ckp dia gemuk. padahl tak gemuk pun . masa aku tggu dia lama tu memang bkn sejam . sampai pukul 10 aku tggu dri jnji dia lps mghrib tu. aku dh la penat sorang² nak buat itu ni nak tgk anak yang tgh melasak. dia keluar lgsg taktlg aku buat apa² kerja. memang sebelum ni pun sama .takpernah tlg buat kerja apa2 pun . duit ada tp nak mudahkan kerja aku pun takpernah . dgn aku basuh baju pakai tgn lg .bkn dia takde duit tp bila aku suruh beli mcm2 alasan .(beli vape, basikal okay je pulak.) aku sabar lagi ni. tadi. bagun tidur pkul 1. bangun2 terus capai hp leka smpai anak jatuh terhntuk kt almari . aku memang dh penat sabar dan taktegur dia dh. aku ambik anak aku. aku mmbebal kt dia.
Aku ckp”kau ada dgn takde sama jela. bgun tidur lmbt. bagun terus capai hp. takboleh nak hrp lgsg nak jaga anak.aku penat tau hari2 semua benda aku buat sorang². kau? bju kotor pun bergantung takreti nak cmpak dlm baldi .semua aku nak buat semua aku nak kena ckp .aku ckp pun sama jugak kau takbuat.) bila aku membebel taksuka nak dgr. bila aku tgur baik² takreti nak buat jugak. aku penat sgt. nak luah kt mak dia. dh tntu mak dia backup anak sndri .padahal bkn mak dia takthu anak sndri mcm mana . anak sndri semua betul.takreti nak tgur. bila aku ikut kepala aku sndri pandai pulak ckp kt anak dia”mak dh nasihat dia tu. tp tula aku dgn kepala aku sndiri). kdg2 rasa penat mcm sorang² .kdg² rasa mcm nak mintak cerai pun ada .




