Assalamualaikum admin, Aku tak tahu nak luah macam maner, kalau boleh aku tak nak buka aib suami aku but i need someone to talk, aku stress sampai tahap kela tangan Ya Allah berdosanya aku. Aku takde niat pon nak sakiti diri aku tapi kadang aku tak dapat kawal diri ni dari sakiti diri sendiri.
Suami aku baik je, tapi bila dia keluar rumah, susah betul dia nak balik, aku sebagai isteri tentu la risau min, kadang dia balik 3 pagi, kadang tak balik sebab dia pergi tidur rumah mak dia tak bagitau aku pon sampai aku beratus kali call dia min tapi tak angkat pon, pernah jugak dia tak balik sampai 3 hari, dia pergi duduk rumah mak dia pon tak bagitau, sekarang bila dia nak keluar rumah je, aku jadi takut, takut dia tak balik.
korang mesti kata alah masalah gitu je pon sampai rasa nak matti bagai korang tak duduk tempat aku korang takkan rasa apa yang aku rasa, pernah dengar bapak r0g0l anak, abang r0g0l adik, datuk r0g0l cucu?? (ye aku salah seorang mangsa), lama kan aku struggle untuk teruskan hidup. aku ingat bila dah kahwin aku akan happy tapi aku silap,
Dugaan tak pernah berhenti mengejar, hanya mati yang akan pisahkan aku dengan penderitaan tu. Kalau nak cerita kisah hidup ni memang tak habis la, lagipon aku tak pandai nak kongsi rasa sedih ni dengan orang, aku suka pendam tapi sekarang aku sedar, aku perlukan sokongan untuk terus kuat, harap korang sudi doakan aku untuk terus kuat dan lupakan kisah gelap hidup aku. Terima kasih min




