Susah nak cari ayat mulakan cerita. Dari pandang luar orang nampak kami bahagia. Family semua rasa kami bahagia. Tapi sepanjang 10 tahun perkahwinan battin saya sangat tersiksa. Kami berkahwin masa saya masih belajar. Suami dah start keje dalam 2 tahun lebih..
Awal perkahwinan suami kena transfer ke luar negara dan tak boleh bawa isteri. Lagi pun saya masih belajar. Bila cuti semester saya akan melawat dia beberapa minggu.
Masa zaman ank darra berat saya 43 kg sampai selalu kawan-kawan cakap kurus kering sangat. Saiz baju xs. Lepas berkahwin setahun berat masih maintain 48 kg, ok la dah berisi sikit. Tapi selepas dua tahun saya didapati ada end0metri0sis stage 3 dan Kena surrgery. Treatmment h0rmon selepas surggery tu yang buat badan makin naik. Sikit-sikit ke 55 kg. Selepas beberapa kali surggery dan treattment h0rm0n untuk mengandung akhirnya pada tahun kelapan saya mengandung.
Sepanjang 8 tahun saya bekorban segala-galanya untuk menyokong kerjaya suami. Bermula dari gaji kecil sampai gaji besar…
Semakin tahun berlalu suami semakin sibuk. Layanan yang mula dulu baik semakin dingin. Masa dihabiskan dengan kerja dan bila di rumah dengan handphone. Bila di tanya alasan kerja. Sedangkan berpuluh group whatsapp yang tak berkaitan dengan kerja. Kawan-kawan U, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan ahli sukan dan macam2 lagi…
Bagai di kata la dah lelaki berkumpul dalam group segala macam keluc4han ada. Dah penat di tegur tak di endahkan. Katanya bukan saya yang share diaorang yang share. Kadang saya tak download pun katanya. Tapi masalahnya di sini dia habiskan masa dengan hp lebih dari pandangan wajah ank bini. Masa yang digunakan untuk group whatsapp tu adalah hak saya sebagai isteri dan anak2. Dia tak tunaikan hak kami. Dia tak ada masa nak bimbing isteri dan ank2 ke jalan Allah kerana kawan2.
Dia tak keluar melepak selalu sebab saya sangat benci dengan lelaki yang melepak. Tapi sekali dah lepas keluar pukul 2-3 pagi baru balik. Saya tegur kalau ada masa melayan kawan2 mesti la ada masa nak bawa saya dan ank2 ke masjid. Lepak di masjidkan lebih baik. Dah penat merayu untuk mendapatkan secebis perhatian dan kasih sayang. 10 tahun bekorban, tapi keutamaan suami tak pernah berubah. Pertama kerja dan kedua kawan2. Akhirat entah kat mana.
Walau pun dia solat tapi setakat lepas diri sendiri. Macam mana dengan kami anak isteri siapa nak bimbing? Tanggungjawab membimbing dan perhatian pada anak2 jatuh di bahu saya. Baru ni saya dapat tangkap dia ada akaun wechat. Dan paling hancurkan hati saya semua contact dalam tu adalah pel4cur. Bila saya bersemuka dia kata kawan pakai phone. Bila tanya siapa kawan tu, dia cakap dah kena buang kerja. Tapi akaun tu atas nama id yang dia guna main game.
Sedangkan sebelum ni saya guna hp dia tak pernah pun dia ada akaun wechat. Lepas mengamuk saya cuba maafkan tapi still rasa tak ikhlas sebab alasan tak kukuh. Just beberapa minggu lepas tu, ni kantoi lagi ada lagi akaun wechat tu. Kali ni dia install kat 2nd phone dia. Sedangkan masa 1st time tu dia kata dah delete akaun. Sebab saya minta delete akaun bukan uninstall. Kali ni bertambah lagi no perempuan yang ada dalam tu. Kebetulan dia baru buka 6 jam lepas masa saya check phone dia. Bila bersemuka dia kata dia tengok je. Saya tak boleh terima alasan dia tengok je.
Sebab tak logik akal kenapa simpan no perempuan nak tenung tengok je. Dia tak kan mengaku atas alasan apa dia simpan. Saya dah cakap saya tak kan assume dia simpan saja kalau tak de niat nak melanggan atau memang dia pernah melanggan. Dia tak boleh beri bukti yang dia tak melanggan so saya boleh buat andaian apa saja. Memang sampai sudah dia tak mengaku. Dia dah berjanji untuk berubah bulan sebelum tu. Tapi tindakkan dia simpan no perempuan ni bukan berubah ke arah kebaikkan rupanya memang berubah tapi kepada benda yang lebih buruk. Segala rasa hormat kepada dia sebagai suami langsung hilang.
Betapa dia sanggup letakkan perkahwinan kami atas bara api semata2 atas alasan nak tengok je yang tak masuk akal. Rumahtangga kami yang retak menanti belah ni dah semakin berantakkan. Point yang saya cerita mula2 yang saya pernah kurus cantik dulu berbalik kepada ini. Dia nak tengok pelqcur sebab cantik. Saya dah berkali2 minta untuk beri saya ruang dan masa untuk kuruskan badan tapi dia tak mahu beri saya peluang.
Saya bekejar hari2 balik kerja nak ambil anak di taska. Saya juga yang menghantar pagi2. Balik petang anak2 menangis lapar. Bagi anak makan. Lepas makan anak2 ajak main. Tak pernah habis urusan rumahtangga dan anak2 hingga ke tengah malam. Saya juga bf ank. Dengan nak mengepam susu untuk nak. Jadual saya sangat padat. Dan suami masih boleh cakap saya ni relax je tak penat macam dia. Suami akan balik paling awal pkl 8 malam. Tak pernah saya ada masa untuk diri sendiri.
Ada yang cakap exercise kat rumah dengan anak. Mustahil nak buat bila ank melekat kat kaki minta main mainan sama2. Yang kecil minta nak melekat hisap susu je selalu. Saya dah banyak kali pergi rumah kawan2 yang ada ank kecil. Rumah kotor bersepah bau busuk. Rumah saya kemas, cuma ada la sepah sikit mainan anak. Kalau 5 minit pun tak sampai kutip habis kemas dah rumah. Itu pun suami boleh marah2.. Suami saya tolong buat kerja rumah macam laundry dan basuh botol anak.
Tapi macam tu la hidup kami seharian. Saya bercakap dengan dia pun dia tak layan. Mata dia kat hp tu je la. Entah la. Mak cakap bersyukur la ada suami nak juga tolong buat kerja rumah. Tapi lama mana nak hidup macam ni? Nak keluar sendiri cari akhirat dah dengan ank kecil. Teringin nak pergi belajar mengaji. Teringin nak belajar agama. Belajar berguru tak sama dengan belajar sendiri dari membaca kitab. Bila anak makin besar nanti apa saya nak jawab pada anak bila ada ayah tapi tak peduli kami.
Anak menangis dia angkat duduk dia sambung main hp. Anak ajak main lawan lawan dia pegang mainan sebelah tangan. Sebelah lagi pegang hp mata melekat kat hp.. Saya ni bercakap panjang berjela sepatah pun dia tak dengar. Mak mertua saya lagi suka call sembang dengan saya atau saya call mak mertua. Sebab anak sendiri tak pernah peduli. Puas dah saya bebel suruh call tanya keadaan keluarga dia sendiri di kampung. Dia tak pernah buat. Saya hari2 berbual bergurau dengan adik beradik dan parent dalam WhatsApp, hari2 video call mak. Itu pun dia bising cakap jaja aib adik beradik.
Dia kalau boleh nak saya ni jadi kera sumbang. Jangan bercakap dengan orang, jangan berkawan dengan orang. Update status kat fb pun kena marah. Dia tak suka orang yang update status fb. La update apa je pun, perkembangan anak2 untuk saudara dan kawan yang jauh. Resepi… Entah la.. nak buat apa lagi. Jamu dah makan, penampilan dah jaga. Badan berisi sikit je pun. Ank dah stop bf nanti boleh la start diet. Rumahtangga dah jaga. Masak dah sedap.
Saya ni jaga suami dari hujung rambut sampai kaki bila saya tengok kalau ada uban kelemumur saya kikis esok paginya minta dia shampoo cabut bulu kat muka dia yang tersesat. Buang kulit matti kat kaki dia, massage dan ketip kuku. Check telinga. Gosok buang daki kat badan dia. Beli perfume kat dia. Baju kasut pakaian bagi smart. Sampai tak tahu la nak jaga sampai macam mana lagi baru dia nak cakap terima kasih. Baru dia nak minta maaf. Segala-galanya asyik salah dan dosa saya je. Ada je yang tak kena. Ada je yang kena bebel. Saya ni dah macam robot yang tak boleh sakit atau penat
Kalau sakit masuk hospital dengan anak2 semua ikut tidur bermalam hospital. Dia dengan senang hati data g petang. Alasan kemas rumah. Saya balik tengok Allah rumah tak de apa pun. Baju basuh suku je yang bersidai. Dah buntu nak buat apa..
Saya ada kerjaya boleh je hidup sendiri. Tapi dia tak nak lepaskan saya. Hidup saya dari pagi bawa ke malam rutin yang sama. Jemu bosan. Nasib la adik2 dan mak mau juga layan video call tu pun kena marah katanya dok sebar aib apa lah.