Assalamualaikum min, hide profile min..
Saya ni dah 7 bulan mendirikan rumahtangga. Kisahnya macam ni, hubungan kami ni selalu masalah, bergaduh saja. Kadang2 kes kecik suami suka buat macam masalah tu besar. Nak kata manja2 happy boleh kira dengan jari. Dulu saya mengandung, teringin nak makan apa2 pun kena marah, pastu baru dia bawak pergi makan.
Usia kandungan dah 8 minggu macam tu baru start alah, alah teruk sangat. Waktu alah duduk dengan mertua, mertua ok jaga saya dengan baik. Suami balik rumah mak dia pun saya layan juga alah2 pun. Maksud saya layan makan minum dia. Waktu tu saya hidang siap, cuma terlupa sediakan air, boleh dia maki2 marah2 cakap saya tak layak jadi isteri.
Sama jugak kalau tengah makan nasi dah nak habis, dia marah2 saya tak tanya dia nak tambah nasi ke tidak. Selalu keluar dari mlut dia, saya tak layak jadi isteri. Isteri apa macam ni. Tau tak saya tengah alah teruk. Nak bcakap tak boleh, rasa nak muntah, dengan angin teruk juga dalam perut sebab makan muntah makan muntah.
Sampai 1 masa usia kandungan 3 bulan lebih, diuji baby men!nggal dalam perut, pi scan tak dak heartbeat, terpaksa cuci.. Waktu kena cuci kena tahan wad alhamdulillah suami tunggu jaga elok teman waktu nak masuk bilik bedah tu. Dekat wad pun sama. Waktu dalam pantang ada dalam beberapa hari pantang ja, nak tido dah, tapi waktu nak tido tu saya terasa hati dengan suami,
sebelum tido saya mesti akan cium pipi dan dahi suami dan peluk suami, mintak maaf apa yang patut.. Lepas pantang tu saya terasa sebab nak peluk sekejap ja pun, dia marah2 saya laa.. Sebab saya cakap, tak apa laa dah tak nak peluk sayang dah.. Biasa laaa isteri mana tak perlukan perhatian, dengan kehilangan anak dan dalam berpantang.. Terus suami bangun dan cakap nak keluar tidur pergi lah dalam kreta, saya pun bangun cuba pujuk suami, tapi dia masih angin marah lagi.
Saya dalam pantang, stress sangat2, saya dah buat yang terbaik layan suami, tapi macam tu dia layan saya, saya jadi angin meroyan, garu kepala yang tak gatal, waktu tu tengah baring atas katil, saya tak ingat apa dah saya tumbuk2 perut saya bahagian rahim saya ingat suami akan menenangkn saya rupa2 dia tarik rambut saya kira kaki di atas dan kepala di bawah lantai katil, dia cekik saya, lepas tu seret ke lantai bilik. Menangis saya. Sampai mat! saya tak kan lupa.. Sedih sorang2.. Allah ja yang tahu..
Dalam keadaan dia marah tu, boleh dia cakap dia nak pangil mak dia jadi saksi..
Sampai carik baju tu. Selepas dua hari mertua tanya kenapa baju carik, saya tipu cakap tersangkut.. tapi dari segi riak muka mertua dia tak pecaya.. Saya tengah meluahkan ni jatuh airmata.. Hebatnya ujian yang Allah bagi untuk tinggikan lagi darjat hambaNya..
Selalu apa yang kurang tak kena dimata suami, selalu dia cakap saya tak layak jadi isteri dia, padahal makan minum dan layanan tanggung jawab isteri sepenuhnya saya tak pernah abaikan. Cuma waktu saya alah dan pantang dan kalau letih yang teramat ja jadi serba kekurangan. Dia selalu cakap saya ni slalu bagi masalah dekat dia.
Kereta rosak dia kena bayar, macam2 lah, dia cakap saya banyak habiskan duit dia, padahal dari segi nafkah dia tak bagi cukup pun, bagi pun sebulan rm50.. Minyak kereta bila saya duit tak ada baru dia bagi, makan kalau nak keluar makan memang dia belanja laa.. Jenis dia tak bag seketul untuk sebulan.. Bila saya tak ada duit baru dia bagi.. Tapi bab nafkah saya redha saya ikhlas sebab saya bekerja..
Kadang2 tu bila santai tengok tv kat rumah, saya pergi baring sebelah suami, saya peluk suami, belai2 dia.. Bukan kerana nafsu, tapi sebab saja nak manja2 tunjuk rasa sayang, boleh dia cakap, macam perempuan gila s3ks ja.. Terus saya tak peluk dia saya bangun cakap, ni isteri abg k.. “pmpuan yang gila s3ks” tu bagi title pmpuan bukan bergelar isteri.. Pastu dia cakap dia melawak ja..
Lepas dari tu saya jadi jauh dari dia, saya sangat2 kurang manja dengan suami, saya dah endah tak endah dah dengan suami.. Pernah skali saya dah bagi tau mintak izin dengan suami nak hantar kawan naik train, memang laa lambat dengan jalan jem. Saya siap bagi tau bajet masa saya sampai, tapi suami tunggu lama, dia marah2 saya. Padahal dia dah tau dan izinkan.
Malam tu nak balik rumah mertua, dalam kereta tu saya cuba pujuk dia, mintak maaf lambat, cakap baik2, boleh dia tepis tangan saya.. Sekarang saya cepat sangat sensitif, tahan sedih nanti jatuh juga air mata. Saya takut untuk pujuk lagi, saya diam. Waktu tu hujan rintik2, tak pasang aircon, tingkap buka, cermin kelabu, ada laa smpai 4 kali suami lap dengan kain kat cermin tu,
Suami bhenti tepi jln. Dia mat! kan enjin, dia cakap suruh saya balik sendiri rumah mertua. Saya pegang tangan dia, terus dia nak naik tangan nak tampar saya. Allahu…lepas tu terus dia marah, dia cakap berkira sangat kah nak buka aircon, kereta rosak sapa bagi duit, saya jugak. Kereta tak bayar tunggak, saya jugak. Duit tak ada nak makan, saya jugak. Minyak kreta tak ada saya jugak. Padahal dia hanya tolong bila saya tak ada duit. Saya tak pernah mintak untuk isi minyak kereta. Saya guna duit sendiri..
Cuma bila tak ada duit ja baru guna duit dia. Lepas tu dia naik tangan, tampar kepala saya. Menangis laa saya, tak mampu nak tahan air mata. Dah habis dah puas naik tangan, baru dia start kereta balik rumah mertua.. Hampir nak dekat rumah mertua dia suruh saya buat muka elok2, kesat airmata.. takut mertua tanya kenapa nangis..
Tapi mertua boleh detect juga, salam2 saya pergi mandi. Malam tu dah siap mandi, saya tak nak bermasam muka dan saya cuba bercakap dengan suami, mintak maaf walaupun tak ada salah.. Suami tak pernah minta maaf, kadang2 ja. Sungguh berat ujian ni, tak tahu ingin teruskan atau tidak. Sekarang biarlah Allah tentukan. Salahkah saya?




