Salam min..tolong hide profile aku ye min..assalamualaikum semua sahabat krt.kisah nya macam ni sahabat2 sekalian,saya merupakan sorang isteri,ibu kepada 4orang anak dan boleh dikatakan sorang yg berjaya dalam perniagaan,ceritanya bermula pada satu masa d saat saya bertemu dengan sahabat yg saya kenal di sekolah anak saya dia sudah bersuami dan ibu kepada 5orang anak.masa tu perempuan tu berkerja di pasaraya sebagai sorang promoter barangan masa saya bertemu dengan perempuan ni nampak baik sangat dan dia sempat meluah pada saya yg dorang sekeluarga di halau dari rumah sewa atas sebab2 tertentu so pada masa tu saya kesian lah juga mendengar semua luahan hati dia..
kebetulan masa tu saya ada dua biji rumah sewa yg kosong saya pun tak tahu lah dari mana dia tahu perihal diri saya kemudian dia pujuk rayu saya utk sewa rumah.saya pun tak fikir panjang dan terus bersetuju menyewakn rumah saya pada dia sekeluarga pada mula nya saya tak syak apa2 pun di sebabkan dlm fb kami berkawan dia pun add suami saya (fikir positif) tapi betul lah naluri sorang isteri ni tak boleh di tipu satu hari saya cuti kemudian saya dengar hp suami saya berbunyi so saya pun ambil la dan tengok pada masa tu juga lah darah saya mendidih2 rasa macam nak bunh perempuan tu dan suami saya.
Perempuan tu bahasakan diri dia “sayang” pada suami saya!! Saya terus soal suami saya kemudian saya bersiap dan pergi serang perempuan tu di tempat kerja dia masa tu saya memang seperti orang hilang akal saya belasah,tendang dan tampar perempuan tu sekuat hati saya. Bila saya balik rumah saya tengok suami saya diam membisu saya tak cakap banyak saya kemas kain baju suami saya dan suruh dia keluar berambus tp suami berkeras tak mahu.
suami saya segera ceritakan apa yg terjadi antara dia dan perempuan tu katanya baru seminggu berwhatsap dan tak ada apa2 yg lebih cuma perempuan tu yg terlebih2 sampai lah kawan2 satu kerja perempuan tu bg tahu saya yg perempuan tu pernah cakap dia tak kan lupakan suami saya dan tak kan berhenti selagi dia tak dapat suami saya bila saya dengar semua yg kawan2 perempuan tu katakan sekali lg saya pergi serang perempuan tu saya puas tarik rambut, ludah dan saya bagk perempuan tu tempoh 3 jam untuk kosongkan rumah saya.salah kah tindakan saya halau perempuan tu?
Saya rasa saya buat tindakan yg betul. Bila saya balik ke rumah semula suami hanya berdiam dan tidak berani pandang saya maka bermula pd hari tu lah saya jd sorang yg pendendam,hati batu dan pendiam setiap kali saya tengok suami saya macam2 perkataan tajam saya akan katakan tp suami tetap berdiam dan tidak mahu lepaskan saya.apa yg perlu saya lakukan? Perlukah saya teruskan perkahwinan ni? Atau perlukah saya cuba lupakan semua yg berlaku? Di pendekan cerita sejak kejadian tu suami saya berubah 100% menjadi sorang yg romantik melampau2 mesti d sebabkan kes sblm ni kan? Mohon pandangan anda semua apa keputusan terbaik yg perlu saya buat? Saya dah penat jd sorang yg berhati lembut???




