Terima kasih Admin kerana sudi siarkan.
Saya sekali lagi terpanggil untuk menulis sebab saya rasa annoying bila dapat tahu ada para isteri ni suka sangat memperbesarkan hal kecil. Tolong la para isteri sekelian. Anda bukan berkahwin dengan putera raja or artis yang kawin dengn anak menteri or Dato, orang yang awak pilih tu kerja pun kais pagi makan pagi, sampai nak minta segala benda bagai kat suami tu. Memang duit suami tu ada hak kamu, tap8 berpadalah.
Allah da mengariskan tugasan suami tu untuk menyediakan keperluan kamu mengikut kemampuannya. Ni dah la masa mula2 kawin nak segala bagai hanya kerana nak jd “princess” dalam masa sehari, tapi suami tu la yang membayar hutang bertahun-tahun gara2 impian takmasuk akal awak tu. Or dabik dada, viral dlm FB satu dunia, sebab dapat kawin dengan bajet ciput, sedangkan nyusahkan mak bapak, kawin pon pakai duit mak bapak and da tahu suami pon tu tak mampu nak sedia mahligai indah, tapi lepas kawin nak juga minta suami tu segala bagai.
0tak Allah da bagi mak bapak hantar sekolah supaya pandai pakai tangan kaki supaya tak jadi macam kucing or burung yang asyik meminta untuk disuap. Sekiranya suami tu tak mampu nak belikan jamu RM20 tu, cuba guna akal. Matti ke tak makan jamu? Or matti klo langsung tak dapat makan seminggu? Suami tu fikir tentang kamu bakal matti tak makan seminggu taw bukan pasal jamu RM20 tu. Nak sangat mendealah tu, pergi la cari duit, da zaman moden da ni, beli sendiri. Bukan kena suruh angkat air dari sungai dan jalan kaki berbatu-batu pon nak dapatkan duit RM20 beli jamu macam zaman dulu-dulu.
Jaga air muka tu. Meminta-minta ni walaupun pada suami sendiri tu da jadi macam umpama pengemis. Usaha la cik kak. Awak tu bukan pengemis, bukan kucing, bukan burung yang tak ade pilihan dari meminta untuk meneruskan kehidupan. Benda remeh nak beli jamu, gincu, bulu mata palsu, astro tu bukan keperluan asas yang suami wajib sediakan. Kalau nak sangat, pergi la beli sendiri.
Suami tu wajib sediakan tempat tinggal, makan minum kamu, baju yang menutup aurat yang boleh dibuat pakai 2-3 tahun, bukan sebulan sepuluh helai baju hokey, ubat-ubatan, alat mandian seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya dan juga keperluan anak2 kamu. Itu yang wajib. Yang lain tu, selain dr kamu menyusahkan diri kamu nak merajuk bagai macam budak kecik tak dpt mainan, takpayah la nyusahkan hidup suami nak minta belikan. Beli la sendiri. Tangan kaki otak semua sempurna lg kan? Takkan lepas kawin, semua da kudung.




