Maaf kalau posting ni terlalu panjang. Tapi dengan hanya menulis, hatiku seolah olah melepaskan segala beban. Aku dan suami bernikah di siam dan aku mengenali suamiku pada 18 april dan berkahwin pada 26 april hanya perkenalan yang singkat sebelum aku berkahwin dengan suami, aku usulkan kenapa perlu ke siam, dia kata urusan di Malaysia rumit sebab nanti dia akan ke Australia. Aku mengenali dia sebagai bekas tunang kawan aku.
Dan aku langsung tak tahu sebenarnya dia sudahpun ada anak dan isteri. 4 bulan selepas aku berkahwin, firasat aku ni ntah kenapa nak sangat check kereta dia. Terkejutnya aku, aku temui satu kad nikah dan satu telefon. Kantoi sebenarnya aku adalah isteri kedua. Hati isteri mana tak ralat, suami tipu hidup hidup. Hati isteri mana yang tak memberontak bila tahu diri dia sebenarnya dimadukan.
Maka, aku pun mintak dengan suami untuk berjumpa dengan isteri dia. Kami berjumpa subhnallah isteri dia bagi pandangan aku dah cukup baik. Berstokin, berjilbab labuh. Bagi aku cukup sempurna, aku mintak diceraikan. Maka tertalaklah aku dengan satu talak.
Aku ingatkan dah selesai, suami aku buat onar di kolej aku. Suami aku nak buat kacau di kolej kalau aku tak kembali rujuk pada dia. Jadi aku fikirkan masa depan, aku rujuk kembali sebab pengajian aku berbaki setahun setengah.
Aku pun hidup bermadu, tapi hati aku memberontak dalam diam. Aku selalu bermasalah dengan madu aku, tiba giliran aku, madu selalu suruh suami balik. Ya, aku akui aku hanya menumpang. Jadi aku minta suami utk pulang ke rumah maduku.. bila tiba lagi giliranku, madu telefon suami aku dengan mengatakan “ anak anak main gel, lepas tu tertelan gel” , “anak jatuh “ , “ anak anak termakan gel pen “. Sedangkan suami hanya bersamaku sehari dalam 2minggu.
Aku rasa kehidupan aku makin teruk. Akhirnya, aku minta dilepaskan. Aku nak cari kebahagiaan aku sendiri. Tapi suami bagitau dia dah pun buat keputusan, dia pilih utk tinggalkan madu aku dan stay dengan aku. Aku bermadu setahun dengan isteri pertama. Aku banyak mengalah sebab aku sedar diri aku Ya salah aku sebab aku tak siasat background suami aku, sebab aku kenal dia sebagai tunang kawan aku. Aku tak syak dia dah kawin. Takkan kawan aku bertunang dengan suami orang, tapi itulah sebenarnya yang berlaku.
Selepas penceraian mereka, aku ingatkan semuanya selesai. Tapi masih tak selesai. Kisahnya bermula dengan bekas isteri suami aku minta suami aku hantarkan burger di tengah2 malam sebab dia lapar. Jadi aku marah suami aku, suami aku tak pergi. Aku sarat mengandung 32 minggu, suami aku beli barang sekolah anak2 dia dengan bekas isteri. Pulang dari keluar dengan bekas isteri, ada satu whatsApp “ sayang abang. Terima kasih abang “ . Aku mengamuk, aku pecahkan gelas, aku selerakkan semua barang, suami aku pkul aku hingga lebam lebam,
Suami aku tarik aku turun tangga, suami aku cakap biar anak mu matti biar guggur Selepas tu dia hantar aku ke rumah ibuku Tapi ibu aku pujuk untuk kembali pada suamiku, sebab nanti anak aku perlukan suami. Aku pun masih sayang. Kadang kadang bekas isteri ada berikan dia makanan. Dia bawak balik, makanan aku masak langsung tak disentuh. Selepas dia makan makanan dari bekas isteri, aku perhatikan suami aku dah berubah. Dia makin kerap jumpa bekas isterinya.
Selepas aku bersalin anak yang pertama, aku jumpa whatsApp yang kedua. “ syg abang.. tak keje hari ni, tak sihat lagi “. Aku mengamuk teruk, apa lagi yang tak selesai? Kenapa berdendam dengan aku? Tapi aku tetap terima suami dan masih maafkan dia.
Kisah aku dan bekas isterinya takkan pernah habis. Suami aku mula sembunyikan semuanya pasal anak anak dan bekas isterinya. Tapi Allah itu adil dan satu persatu Allah tunjuk tapi aku yang membodohkan diri sendiri, menzalimi diri sendiri. Bulan puasa, bekas isteri hantar SMS “ selamat berbuka sayang siap ada emoji kiss“ . Apa perasaan korang bila tengok emoji kiss macam tu? Ya. Aku cemburu. Aku isteri suami aku yg sah.
Aku dan suami bermula dengan hidup susah. Kami kadang belikan nasi lemak 2 bungkus. 1 makan pagi , satu makan lagi petang. Tu pun share. Dengan aku pregnant lagi, tapi aku sanggup harungi dengan suami walau susah, walau sakit.
Tahun lepas, bila aku cakap dengan suami aku. Kenapa bekas isteri dia selalu call dia, kenapa selalu msj dia. Bukan jarang jarang tapi hari hari. HARI HARI aku ulang ye. Jadi aku ambil keputusan untuk block bekas isteri dia. Bila aku block, bekas isteri belikan sim lain. Utk contact dengan suami aku. Tak sudah sampai situ. Waktu aku balik kampung, suami aku check in dengan bekas isteri dia. Alasannya anak anak dia nak mandi pool. So?? Apa perasaan aku sebagai isteri.
Hari demi hari, rumahtangga aku dah pun 5tahun usianya, tapi hubungan suami dengan bekas isterinya masih lagi tak berubah walaupun anak2 mereka dah besar. Mereka tetap berhubung hari hari, kadang suami aku padam call logs, messages logs. Aku jadi queen control selepas aku jumpa segala mak nenek dalam handphone suami aku. Isteri mana tak check phone suami kalau ada yang kucar kacirkan rumahtangga dia. Kan?
Bila aku check memang suami aku selalu bohong aku. Rupanya memang masih lagi hari hari mereka berhubung. Adakah pasal anak anak semata mata ?
Aku tak tahu kesudahnya apa. Aku bincang dan minta bantuan kakak iparku, dan kakak iparku suruh aku biarkan mereka kahwin balik. Pada mulanya aku setuju, tapi bila aku cuba berbaik2 dengan bekas isteri suami aku. Dia seolah2 menolak, aku ajak bekas isteri suami aku mengopi di kedai tak mau, berjalan dengan semua anak anak takmau.. jadi dia bukan calon madu yang baik. Kalau benar dia nakkan suami aku, dia akn berbaik dan kenali aku baik baik.
Aku datang rumah bekas isteri suami aku. Aku mintak dia baik baik dengan family dia sebab aku rasa aku dah tak tahan menahan semua ni. Tapi suami aku cakap dia taknak. Sampai bila bila dia takkan balik dengan bekas isterinya. Dan aku sekali lagi percaya, aku b0d0hkan diri aku lagi yang suami aku memang taknak!
Tapi kenapa taknak hantar surat poligami? Solat tak , puasa tak. Tiberr nak kawin lain, macam mana nak bimbing isteri2?
Aku fight balik kat mahkamah. Jadi suami aku tarik balik dia punya permohonan.
Aku ingat dah selesai semua tu. Tapi dalam diam suami aku keluar dengan bekas isteri dia, naik satu kereta. Pergi jalan jalan sampai 4-5 jam! Setiap minggu!
Aku stay bertahan, sebab tiada satu isteri pun nak kan keburukan dalm rumahtangga dia, takkan ada satu isteri yang dalam sehari tak fikirkan keharmonian rumahtangga dia. Semua dia lakukan hanya untuk rumahtangga dia. Dan aku, bina rumahtangga ni kerna Allah. Kerana Allah.
Tapi aku langsung tak sangka, bila dah senang. Dari dulu berkongsi makanan , sekarang Allah berikan kemewahan pada kami. Suami aku bernikah di Thailand dengan bekas isteri dia. Jawapan pada solat istikharah, taubat dan tahajjud. Allah buka semua. Alhamdulillah.




