Asslm admin, tolong hide profil ni. Ini kisah saya. Baru habis berpantang beberapa hari anak ke tiga. Kisahnya bermula 8 tahun lepas kerana saya dan suami dipaksa bertunang oleh keluarga. Kami sememangnya mempunyai pasangan masing2. Kekasih saya membawa diri tetapi kekasihnya menguggut akan terus menjalinkan hubungan sampai ki0q.
Ketika perkahwinan kami baru bermula btina tersebut masih menghubungi fb suami dan masih panggil sayang. Saya dapat tahu dan kami bergaduh besar dan hampir bercerai. Mana tidaknya dia dh pun berjanji akan tinggalkan perempuan tu dan akan setia! Tetapi tipu saya.
Saya lari dan memang tekad akan bercerai.. tetapi tidak jadi. Selapas berbincang dan dia memohon maaf maka kami mulakan hidup kembali. Selepas beberapa bulan saya dapat tahu btina yang berjanji akan setia sampai ki0q untuk suami saya tu nak berkahwin dengan kekasih hati barunya. Terbaik cepat dia cari ganti! Alhamdulillah sangat saya rasa masa tu. Tahun demi tahun silih berganti sehingga la saya telah melahirkan anak ke tiga kami.
Kami hidup bahagia walaupun suami tak mampu memberi kemewahan dan kadang kala miss memberi nafkah zahir untuk saya tapi saya redha kerana saya mampu dan memang lebih mampu sampai urusan perbelanjaan keluarga kadang kala saya yang keluarkan. Bekas kekasih dia masih tidak mempunyai anak saya dan saya tidak kisah halnya.
Ketika berpantang anak ke tiga saya rasa tidak sedap hati dan rasa berat dan mula syak yang bukan-bukan. Suami asyik dengan hphone sahaja. Lagi pun suami pernah search yang bukan2 ketika saya bersalin anak ke 2, “janda gerrsang” dll dah bergaduh besar juga. Tiap kali dia balik hati saya terdetik sesuatu. Tapi belum sampai masa untuk tuhan bukak kebenaran.
Sungguh Tuhan maha adil dan maha kuasa, baru-baru ini ketika saya baru habis pantang dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berpantang di rumah ibu. Saya ambil hpon suami dan check tiap2 covesation suami email dll. Satu bukti pun tak dapat dijumpai. Saya terdetik untuk lihat siri dalam phone suami.
Email yang bertarikh 7 hari sebelum saya bersalin haritu yang tertulis nama bekas kekasih yang sudah berkahwin yang memanggil sayang dan meminta duit dari suami untuk shopping barang mahal! Allahu saya sendiri kalau nak beli barang2 mewah tepaksa guna duit sendiri dek kerana suami bergaji kecil bukan perlekeh tetapi memang hakikat..
perempuan tersebut juga bergaji kecik. Ayat yang paling buat saya sedih dari suami saya dia masih merindui btina dan rindukan belaian btina tu! Masih panggil sayang dan akan transfer duit untuk btina tu. Sungguh hancur luluh bila saya check transaction memang kerap dan banyak kali transaction dibuat untuk perempuan tu.
Untuk pengetahuan semua hari jadi saya baru saja berlalu ketika berpantang dan suami tak belikan apa2 sebab alasan tak cukup duit…Hati saya hancur bila tgok transaction semua hampir 10 kali. Suami saya a.k.a jntan tak guna tu sangat susah untuk memberi duit untuk saya shopping etc. Ini kan pula kalau nk berbelanja mewah seperti yang btina tu minta! Hancur hati saya dek kerana saya baru habis pantang dan rasa tertipu…
kami bergaduh besar dan hampir bercerai mungkin dalam beberapa hari lagi kami akan ke pejabat agama untuk proses kaunseling. Alasan yang jantan tak guna tu bagi dia bergurau sahaja panggil btina tu sayang dan bergurau sahaja tentang rindu belaian btina tu… j4ntan tak guna tu cakap lagi dia kesian tiap kali btina tu minta duit. Dan dia kata sebenarnya duit tu semua btina tu pinjam.
Ingat saya bod0h ke pinjam berpuluh kali bayar ade la kot bayar sekali bayar balik tu pun macam nak tutup mulut saja.. pendapat semua apa patut saya buat?? Nak bagi peluang pada j4ntan tak guna tu atau bercerai.. takut kalau diteruskan dia bergurau plak sampai berz!na! terima kasih yang sudi membaca. Dan memberi komen.




