Assalammualaikum Admin, tolong hide FB saya dan siarkan story saya. Terima kasih. Pendekkan cerita, saya pernah bercinta dengan suami orang dan hampir merobohkan rumah tangga mereka, kami kenal ditempat kerja, dia selalu ada waktu saya susah, dia kata dia anggap saya sebagai adik kandung dia sendiri dan ayat tu buat saya kepercayaan kat dia, lagi2 waktu tu saya tak de sape2 yang saya kenal. Dia duduk dengan family dia tapi tak bersama dengan wife dan anak2 dia atas sebab2 yang tertentu.
Dari awal kami kenal, saya tahu dia dah kawin dan saya selalu tanya tentang anak2 dia supaya saya tak lupa akan status dia. Makin lama kami kenal, saya perasan, cara dia layan saya bukan macam seorng adik tapi saya buat keputusan untuk abaikan dengan alasan, maybe ianya cuma imaginasi saya saje sampai satu saat dimana dia akhirnya meluahkan perasaan dia kepada saya Disebabkan takut kehilangan seorang kawan yang selalu ada wktu susah, penasihat dan penghibur waktu saya keseorangan, saya menerima cinta dia walaupon pada wktu tu saya sendiri pon tak pasti tentang perasaan saya terhadap dia.
Yang saya tahu, pada waktu tu, saya terima dia kerana saya sngt terhutang budi pada dia dan saya mula redha jika saya dijadikan isteri yang ke-2. Apabila kami mula bercinta, hubungan kmi adalah hubungan jarak jauh, kami hanya berhubung melalui whatsapp di waktu siang dan phone call di waktu malam setiap hri. Disebabkan dia suami orang, hubungan kami disembunyikan dari orang luar, saya ada bagitau kpd ibu dan kakak saya tentang hubungan kmi. Ibu dan kakak saya tak galakkan saya untuk teruskan hubungan kami tapi mereka juga tak kan tinggalkan saya.
Hari berganti hari, perasan bersalah semakin menghantui diri saya. Saya memulakan tabiat saya untuk stalk FB dia dan jumpa FB wife dia, rasa bersalah semakin kuat apabile saya lihat bertapa bahagianya gambar mereka bersama dengan anak2 meraka. Saya bertanya kepada Allah s.w.t adakah ini dugaan kepada aku kerana menganggu rumah tangga seseorng? Adakah pilihan aku untuk menerima dia adalah pilihan yang betul? Adakah memang takdir aku untuk menjadi isteri yang kedua? Jika ini memang takdir untuk aku, aku redha ya Allah.
Tapi hati masih sebak bike tengok bahagianya mereka bersama. Perasan bersalah tak dapat saya pendam seorang diri, jadi tiap kali kami berhubung di waktu malam, saya akan luahkan rasa bersalah saya kepada dia. Dia cakap, jangan rasa bersalah, kalau bertepuk sebelah tangan, takkan ada bunyi. Selepas tu, kami berhubung seperti biasa sampai satu saat, dia kata dia perlukan masa untuk bersendirian. Saya hormat keputusan dia dan tak contact dia buat seketika. Walaupon saya tak contact dia, saya masih stalk FB dan IG dia.
Sampai satu saat, saya tak dapat tngok FB dan IG dia lagi, saya jadi kaku dan tak dapat nk luahkan bertapa terkejutnya saya di waktu tu, disebabkan hubungan kami ni sulit, tak de sape pon yang dapat saya luahkan perasaan saya tu. Beberapa hari lepas tu baru saya dpt tahu yang dia block saya di s0si@l media, whatsapp dan nombor phone saya juga dia block. Tapi saya masih buat keputusan untuk tunggu dia sebab dia pernah berjanji untuk kawin dengan saya lepas 3 tahun.
Berbulan-bulan saya tutup pintu hati saya demi dia, luahan perasaan dari lelaki lain yang saya dapat semua saya reject dengan alasan, saya masih menunggu seseorng.
Hari berganti hari, dlm banyak2 lelaki yang saya reject, ada sorang saya yang tidak give up dengan saya, dia sentiasa ada untuk membantu saya, dia sanggup korbankan bnyak benda demi saya, bnyak kali saya dengan sengaja sakitkan hati dia supaya dia give up dengan saya tpi dia masih bertahan. Melihat kesungguhan dia, hati saya berbunga untuk dia. Selepas dia mula jauhkan diri dri saya, saya seakan2 sedar, lebih baik saya terima dirinya drpd saya menunggu suami orng yang saya sendiri tak pasti berita ttng dirinya.
Saya buat keputusan untuk hubungi kawan saya yang berada dekat dengan dia dan meninggalkan pesanan, “saya minta maaf, dan ia membawa seribu dlm satu maksud yang berbeza”. Selepas itu saya memberitahu kepada ibu and kakak saya tentang akhirnya penantian saya dengan hubungan kami. Ibu dan kakak saya sngt gembira mendengar berita tersebut. Saya memberitahu kepada abang saya tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut dan mendpt m@ki yang sngt dasyat, sebulan saya seperti m@yat hidup dan menangis secara sembunyi selepas abg saya m@ki.
Pada hari ini, hati saya tibe2 tergerak untuk melihat FB dia, sebelum ini dia Block FB sta jadi jika saya search, FB dia tidak akan muncul tapi hari ini, saya dpt melihat FB dia. Gambar baru yang dia update adalah gmbar dia bersama wife dan anak2 dia kelihatan sangat bahagia. Saya tidak mahu tersilap jalan, saya tidak mahu rosakkan rumah tangga orang, saya dah insaf dengan apa yang pernah jadi dan saya membuat keputusan untuk block laman s0sial dia pula.
Ape yang jadi pada lelaki yang berjaya tawan hati saya pula. saya terlambat untuk dapatkan cinta dia, kini dia bahagia bersama GF dia dan saya buat keputusan untuk mengundurkan diri saya. Saya bnyak kali sakitkan hati dia dengan sengaja dan kini saya sedar, saya tak berhak untuk kacau kebahagian dia… Maafkan saya awak, tapi doa saya semoga awk bahagia adalah ikhlas dri hati saya. Terima kasih kerana sudi jadi kawan saya.