Hi admin, hide profile saya. Saya ada satu pengakuan. Saya seorang suami yang mencintai isteri saya sepenuh hati.
Saya selalu lenguh badan dan penat lepas balik dari kerja. Saya kemudiannya minta tolong isteri saya untuk mengurut badan saya tapi dia selalu malas hendak mengurut badan saya. Dia kata, pergilah di pusat urut. Aku pun membawa diri pergi ke pusat urut. Bila di pusat urut, saya request tukang urut lelaki sebab saya tak mahu disentuh wanita lain selain isteri saya. Tapi pusat urut cuma ada tukang urut perempuan, disuruh pula pilih Thai atau China.
Dalam fikiran aku, Thai lah sebab biasa dengar urutan Thai ni best. Badan memang nak sangat berurut, maka tak kisahlah lelaki kah atau perempuan yang tukang urutnya. Kemudian saya diurut-urut dan digoda untuk ambil extra service. Tak tahu lah kenapa aku mengiyakan saja, mungkin kerana asyik dibelai dan rasa rilex, santai dan refresh. Hingga berakhirnya episode extra service. Aku rasa bersalah terhadap isteri aku tetapi, adakah aku bersalah dalam hal ini? Terima kasih admin.




