assalam,warga krt saya nak minta pendapat semua.saya seorang isteri yang bekerja. saya dan suami dah kahwin hampir 10 tahun. tapi kami belum di kurniakan cahaya mata. awal perkahwinan kami memang tak ada masalah. nafkah tak pernah tinggal walaupun saya bekerja. tapi semenjak 2 tahun kebelakangan ini suami dah tak bagi nafkah dengan saya. Semua bil saya yang kena bayar dan kadang2 saya yg kena support dia.
Dulu dia seorang yang penyayang sekarang dia suka marah2 saya dan siap maki2 lagi. Baru2 ni pulak ex saya ada chat saya tanya2 khabar dan nak selalu minta perhatian dari saya tapi saya selalu ingatkan dia yg saya ni isteri orang. tapi dia tak kisah semua tu. dia cuma nak berkawan saja dengan saya katanya. Tapi lama2 hati saya yang cair atas perhatian yang dia tunjukkan. kami berpisah dulu pun sebab tiada restu orang tua. dalam masa yg sama suami saya semakin menjauh dr saya. tapi saya sedar saya masih isteri orang. pada pendapat semua apa yg harus saya lakukan




