Assalamualaikum KRT saya dalam dilema untuk balik beraya dikampung suami. Bukan masalah saya tak suka keluarga suami cuma fobia nak berjumpa dengan adik beradik suami yang tak hormat saya sebagai akak ipar mereka. Memanglah saya lagi muda dari mereka tapi kenalah jugak hormat saya sebagai akak ipar mereka. Mungkin sebab mereka pikir saya dari kl dan saya tak kisah dikuttuk atau jenis yang open minded. Adik2 ipar saya tak pernah panggil saya dengan gelaran ‘akak’ selalu panggil nama saya je.Tapi saya pikir mungkin tu dah jadi kebiasaan orang sana panggil akak ipar mereka macam tu.
Tapi yang lagi saya tak tahan ada sorang akak suami saya pulak selalu cakap saya gemuk dan h0d0h mula2 saya anggap dia hanya bergurau tapi takkan nak bergurau benda yang sama tiap kali jumpa kot. Padahal saya selalu sangat puji dia cantik walaupun taklah cantik sangat. Sampaikan saya dah terbiasa orang cakap macam tu pada saya. Lepas tu selalu bezakan saya dengan ex2 suami saya. Cara dia cakap macam nak sampaikan yang saya ni kira pilihan terakhir suami sebab ramai yang lagi baik dari saya sebelum ni.
Hello bukan nak bukak aib suami tapi dia sedar tak yang adik dia ni boleh dikatakan zero masa saya khawin dengan saya harta satupun tak ada sampai nak kemana mana harapkan kereta ayah saya itupun masih lagi tak bersyukur yang masih ada orang terima adik dia. Saya ni muda lagi tapi taulah jugak nak hormat orang lain. Saya tak kesah mereka nak gurau2 dengan saya tapi kenalah jaga jugak percakapan tu. Suami pulak tak pernah nak tegur adik beradik dia bila mereka cakap macam tu pada saya depan dia.
Saya selalu terasa hati dengan suami sebab bagi saya dia tak jaga maruah saya. Bila saya tegur suami supaya tegur sikap akak dia yang selalu sangat mengutuk saya dia akan kata biarlah orang nak cakap apa. Ipar2 saya pulak selalu menuduh saya macam2. Kalau tak balik mesti mereka cakap saya yang hasut suami supaya tak balik beraya disana. Bila balik pulak macam2 hal yang jadi dahlah bila dekat sana suami saya langsung tak peduli pasal saya dan anak2. Saya paham mungkin sebab dia jarang jumpa keluarga dia tapi boleh ke anak2 kami yang masih kecik tu paham.
Waktu tidur pulak saya selalu mintak tidur di bilik sebab adik ipar saya ada 2 orang lelaki yang masih bujang. Saya cuma nak jaga batas saya dengan mereka tapi ipar saya selalu salah paham. Mereka cakap saya saja nak tidur tempat yang selesalah tak nak tidur berhimpit lah kadang2 mereka cakap ‘ala setahun sekali apa salahnya’ cara mereka cakap macam dosa saya yang tertayang aurat pada ipar lelaki saya mereka yang tanggung. Suami pulak selalu iyakan apa yang mereka cakap. Saya selalu pikir untuk berpisah dengan suami pasal mereka tapi saya sayang pada suami saya, apalah nasib dia jika saya tinggalkan dia lagipun ini bukan salah dia.
Saya tak sanggup nak cakap dengan dia yang saya taknak balik beraya dikampung dia sebab bila dia dengan keluarga dia,dia nampak bahagia sangat sampaikan suami saya yang jarang nak berbual dengan saya ni kalau jumpa adik beradik dia sampai ke pagi dia boleh berbual dengan mereka. Saya rasa macam tak ada semangat nak beraya tahun ni.Tapi terpaksa berpura-pura depan suami yang saya ok sebab saya tahu bila saya mula bercakap pasal ni mesti kami akan bergaduh. Apa yang patut saya buat