Assalamualaikum…tolong hide saya ye..
Saya dah berkahwin hampir 5 tahun. Belum dikurniakan anak. Saya tak pasti saya betul2 nak hidup bsama suami selamanya atau tak. Saya dah banyak kali kecewa dan rasa tawar hati dengan suami. Banyak perkara yang di abaikan dalam hubungan kami. Dia abaikan nafkah zahir dan batin saya. Selama ini pun saya nak beli barang makeup , baju atau kelengkapan rumah saya beli sendiri. Saya kerja ambil upah buat kuih. Suami pula kerja sendiri. Saya tak kisah selama ni susah payah dengan dia. Tapi dia tak jaga hati saya. Tak romantik tu saya faham. Tapi sekurangnya pujuk la waktu lepas gaduh tu. Saya selalu gaduh dengan dia sebab dia tak pemuhi keperluan batin saya. Dia dekat demgan saya bila dia perlu saja. Kemudian saya dibiarkan camtu je..
Bile saya sakit pun dia tak peduli dan ambil berat. Saya tak kenal lama dengan suami, kononnya nak bercinta lepas kahwin. Tapi tak sangka dia baran. Suka marah, langsung tak tolong saya, tak ambil berat, dan pentingkan diri..dia suka main game sampai langsung tak pedulikan saya kalau saya ganggu dia main game , dia akan marah saya. Saya sebenarnya dah tak larat nak gaduh dengan dia. Dah terlalu penat, bila saya sedih ada masalah saya tak ada tempat mengadu. Walaupun kami pernah bercerai tapi saya rujuk balik kerana kasihan pada dia..Saya penat kerja tolong dia cari nafkah sedangkan dia kadang tak kerja pun. Tapi dia tak hargai pun kesusahan saya untuk dia. Sebelum kahwin dengan dia saya kecewa putus tunang.
Sekarang ni. Sy jumpa balik bekas tunang saya, dia messengger saya. Dulu saya selalu baca kat page kisah rumah tangga pasal mereka yang jumpa balik ex mereka dan sekarang perkara itu berlaku pada saya. Saya jadi sayang balik pada ex tunang saya tu. Dia sejak putus dengan saya, sampai sekarang masih single. Dia rasa bersalah sebab dulu abaikan saya dan tak hargai saya yang banyak tolong dia. Saya tinggalkan dia sebab dia ada tabiat buruk dan rasa kecewa sebab dia macam pentingkan diri. Tapi sekarang dia dah belajar melalui kekecewaan dan kegagalan dulu. Saya memang masih sayangkan dia. Saya cepat kahwin dulu sebab nak lupakan dia. Tapi saya jadi serba salah nak tinggalkan suami saya, sebab dia tak sihat sekarang..dia kena penyakit buah pinggang.. Jadi saya rasa kesian nk tinggalkan dia..sebab dia dah tak ada ibubapa dan tak ada orang akan jage dia bile dia sakit nanti.
Sepanjang dia sakit..saya tak pernah tinggal dia, saya la yang teman dia kat hospital saya tidur dibangku hospital je setiap hari..saya memang tak kisah jaga dia sakit sebab dia suami saya..Tapi saya nak bahagia, sedangkan dia langsung tak sedar yang saya ni tak bahagia..dia tak sedar yang saya perlukan kasih sayang dia tapi dia langsung tak utama kan keperluan saya. Memang dia sakit, tapi dia cuma lalui proses rawatan dialisis je..jadi dia selalu keluar tinggal saya sorang dirumah. Dan bila dia marah2 dia bagi alasan dia sakit sebab tu rasa nak marah. Habis semua yang sakit tu akan marah isteri atau suami diorang ke.. Kadang2 saya fikir memang dia kahwin dengan saya hanya untuk perlukan seseorang uruskan dia, buat semua bende untuk dia..sebab perkahwinan ini penyatuan hati berkongsi hidup dan kerjasama. Tapi kalau isteri kena uruskan semua benda termasuk cari nafkah macam mana tu. Sekarang ni saya jadi serba salah jadi keliru.. Keliru dengan cinta lama yang datang kembali atau suami saya yang perlu jagaan tapi abaikan saya…