salam admin dan warga krt. saya cuma nak meluahkan rasa saya disini. tentang hubungan saya dan keluarga mertua. saya mempunyai suami yang bagi saya baik sangat2. sebab saya tak sihat sangat.(ada penyakit yang terpaksa dirahsiakan) anak saya nak masuk 3 orang. saya memang takda masalah dengan suami sebb dia memang jenis yang prihatin dan bertanggungjawab. yelah, saya sakit dan tengah sarat mengandung pulak, tggu hari je.. jadi dia memang faham saya dn takpernah buat mslh.
masalah saya adalah fil n mil saya. mereka ada pinjm duit suami saya dengan jumlah yang agak byk jugalah bg kami. masalahnya skrg, saya dan suami memang perlukan duit, kami tinggal sndri faham2 la banyk yang nak bayar, pinjam kalau terdesak sgt takpe, ni tetibe tgok kt rumah inlaw saya tu ada perabot baru, belanja mewah. mil hari2 keluar makan luar dengan kawan2 gossip dia. dahla suka buruk2kan saya ckp saya ni takpandai jg anak, pemalas dan sebagainya pada keluarganya. saya redh je. takggu dia dan harap takda yang ggu kami sekeluarga. even dia nak caci maki umpat keji saya dah takkisah dah.
cuma apa yang saya nak, bayar lah balik duit suami sbb fil saya kerja, dan mil saya belanja mewah. Dorang makan sedp2 hari2. sedangkan kami sekeluarga ada pernah tak cukup duit makan telur dengan kicap je. duit simpanan tu saya memang nk simpn untuk masa depan. tapi dah fil terdesak so suami bg pinjam. saya takkisah tapi tolonglah bayar kan? pastu baru ni sip pergi makan angin lagi. anak dia yang bongsu pompuan tu takkerja. tapi asayaik kuar dengan boipren dia, mintak duit dari fil dan mil jugak…
saya bukan kedekut. dan taknak jadi jhat! saya suruh suami minta tolong lah bayar balik duit tu tApi suami taksampai hati. kesian pada parent dia. sedangkan parent dia tak kesian pun kat kami
lagi satu barang kemas saya dah habis bayar hutang lama suami saya buat pinjaman sebelum kawen dengan saya pinjaman untuk mudahkan mil n fil juga katanya saya plak kena bayar. dah takde barang kemas satu habuk pun dah saya ni.
sedangkan mil saya barang kemas berlambak2. pakai penuh tangan bila kenduri atau jalan2. saya takfaham la… saya penat la mcm ni. dengan anak makin bertambah, suami gaji cukup2 je.. saya letih sgt2




