assalamualaikum admin.. tolong hide facebook saya. saya ni balu anak 3. sekarang ni saya baru berkahwin dengan lelaki bujang. masalah saya macam ni min. suami saya ni keje goverment. saya nak tanya la dalam ni mana lah tau ada yang macam saya. suami saya ni ok smua bab barang rumah dibeli. api air dibayar. nafkah saya ikut keaadaan. tapi yang saya terkilan sangat anak-anak saya, dia tak pernah bertanya macam mana sekolah ada ke belanja. anak2 saya 3 orang bersekolah asrama. saya ni ada kerja saya. dan untuk pengetahuaan min rumah yang saya duduk ni rumah saya.
Berat sangat ka tanggungjawap nak membantu anak-anak yatim ni. suami saya asyik-asyik cakap tak da duit. keinginan saya pun saya beli sendiri. yang saya terkilan mana rasa tanggungjawap dia kepada anak-anak saya dan lagi satu min suami saya ni berkira dan kedekut komitmen tiap bulan untuk kereta dia dah abis bayar. Untuk kereta saya bayar sendiri. belanja anak2 saya sendiri. bila saya fikir balik kalau macam ni baik saya tak perlu kawin. baik saya hidup macam sebelum ni..
sebelum berkahwin dengan dia saya ditatang bagai minyak yang penuh. bila dah sah jadi isteri dia. semuanya ilang begitu sahaja. rasa sayang pada saya macam tak wujud. saya rasa macam saya dah tak kenal dia. saya cuma nak jalan kan tanggungjawap. adakah dia berkahwin dengan saya untuk kepentingan diri dia sendiri. cara cakap dengan saya tak ada adab terima kasih admin krt




