Hai. saya cuma nak berkongsi cerite. tak tau nak cerita dekat sape. saya dan suami dah berkahwin selama 5 tahun. dan dikurniakan 2 orang anak yang comel. kami kawen atas dasar suka sama suka. pastinya di awal perkahwinan kami bahagia macam orang lain juga. 4 tahun berkahwin, suami tak pernah ade kerje tetap, cuma kerje kampung sikit2, tapi saya tak kisah sebab dia suami yang baik, tolong jage anak, tolong kemas rumah, basuh baju dsb..
Saya pula memang bekerja tetap dalam sektor swasta. walau pendapatan dia tak menentu, dia tak pernah kedekut dengan saya dan anak2, kalau ade duit lebih, dia akn bawak saya dan anak2 keluar makan, jalan2 dan shopping. sikap dan layanan dia sntiasa menyenangkn hati saya. Tu yang buat kan saya tak kisah walau lebih separuh perbelanjaan rumah saya yang keluar kan. Tetapi baru2 ni dia dapat kerja, kerja tetap dan gaji dia lebih tinggi dari saya.
Saya anggap tu rezeki untuk kami sekeluarga. Awal2 tu macam2 dia rancangkan untuk kami beli kereta lebih selesa tambah bilik untuk anak macam2 lagi tapi kebelakangan ni, saya perasan yang dia dah berubah. dia dah tak membantu buat kerje rumah, tapi saya faham, mungkin sebab waktu kerja dia, kalau saya minta tolong baru dia buat, tu pun amik mwse dan buat muke dulu. Dengan anak2 dia memang tak pernah marah, tapi sekarang dia dah tak layan anak2 dia lagi,
Anak2 seronok tengok dia blik rumah, tapi dia buat tak tau je. dengan saya pun macam nampak tak nampk je. cakap dengan saya pun dah lain sekarang, tinggi suara, dah tak lembut macam dulu. Bile saya ajak dia bercakap, dia tak pernah betul2 amik kisah. tak pernah nak tanya kabar saya, tanya dah makan ke belum, saya je yang tanya dulu. Kalau saya tak tanya, sepanjang hari lah dia pun tak tanya ape2 pada saya. tak ade lagi kata2 sayang, rindu, untuk saya.
Anniversary kteorang pun dia tak ingat. saya hidup ke mat! pun dia dah tak kisah dah rase nye. dunia dia sekarang, pegi keje, balik keje, kawan2 dia. dulu tak ade banyak duit tak kedekut pun dengan saya dan anak2. sekarang berkire betul. saya rase saya macam dah hilang suami saya.. Saya cuma nak cakap 1 je, selama 5 tahun kita berkahwin, waktu susah awak, saya sentiasa ada dengan awak tapi kalau awak rase saya tak ade dalam perancangan mase senang awak, awak bagi tau jela pada saya.
Jangan seksa saya, tak perlu paksa diri awak bersama dengan saya lagi. saya dah biase hidup berdikari. insyaallah saya boleh jage anak2 sendiri dengan kudrat saya sndiri. Mungkin 5 tahun ni saya tolong jage kan awak untuk orang lain, mungkin rezeki yang saya aggap untuk kluarga kita tu bukan untuk saya dan anak2, tapi untuk kluarga awak yang baru nanti. saya syang awak, tapi klau awak dah tak syang saya, saya takkan paksa awak bersame dengan saya lagi..
-isteri yang terluka-




