Salam Jatuh ke talak kalau suami cakap nanti hujung bulan die kemas barang die keluar rumah ni dan akan talakkan aku?
Aku mak anak 6..aku dan suami berniaga.beli brg,masak,bungkus,kemas mmg kebanyakkan aku buat.dia ikut mood nak tolong.masa jual pula dia drive dan angkat barang2.jual aku,dia jaga anak.hasil jualan boleh la buat belanja harian. Aku gaduh banyak kali hari ini..pagi sebab aku hantar anak lebih 10minit.sebab aku cocok duit dulu pinjam dengan kawan semalam.tapi aku tak tahan dia suka tuduh bukan2 so jadi gaduh.
Pastu aku pergi meeting aim lama. meeting 30minit biasanya,lepas tu aku pergi terus beli barang jualan.2buah kedai dalam 40minit.masa aku pergi ni dia tidur sebab sakit pinggang katanya. aku bawa anak sulong dan bongsu sebab bongsu masih menyusu. balik2 je kena marah sebab pergi lama. tapi aku diam je sebab aku tahu salah aku. Pastu aku buat kerja kat dapur,dia ajak masuk bilik.aku ikut je,nak test aku katanya.aku ikut je walau asyik lembik sebab sakit pinggang.oh dia ada isap shabu untuk hilangkan sakit ,buat ubat katanya.memang masa isap benda tu mood dia baik je tapi bila dah habis,asyik nak marah.suami ada darah tinggi,kena makan ubat hospital tapi dia jenis tak suka pergi hospital.
Lepas tu tak jadi jual arini sebab suami kata takyah jual. sebab dah tak sempat dan dia sakit pinggang. barang2 dah beli untuk jual esok pula. aku masak nasi je sebab dia cakap nak keluar beli udang untuk masak berlada.tu lauk kegemaran suami dan anak2. tapi dia tidur sampai petang. aku pun tertidur sekali.bangun aku cuma tumis rencah nak buat udang berlada, nanti tinggal letak udang je. Aku dan anak makan je nasi dengan telur mata dan sambal berlada tu.dia bangun cakap takde lauk so aku gorengkan telur dadar untuk dia makan sebab dia cakap telur mata tu terdedah. telur mata ni goreng tengahhari tadi untuk jualan.
Malamtu kami keluar untuk beli udang dan kipas sebab aircond kereta rosak tapi sebelum tu singgah kedai untuk beli maggi untuk anak aku. aku beli jugak barang yang aku lupa beli siang untuk jualan.biasa la perempuan ,brg nak masak mesti ada je tertinggal nak beli. pastu masuk kedai diy untuk beli kipas.masa ni aku cakap la duit ada rm100 je.duit jualan memang aku pegang, tapi biasa la aku jual takde la untung sangat. aku pinjam kawan pun nak beli dapur n blender sebenarnya sebab yang ada ni,api slow sangat dan blender cepat panas.aku kan masak untuk jualan, mesti masak cepat2 sebab banyak nak masak. Lepas tu dalam kereta dia macam tak puas hati sebab duit tinggal sikit. aku memang tak pandai belanjawan semua tapi aku beli barang perlu je untuk niaga dan untuk anak2 juga. arini ada lebih so aku beli lebih sikit, macam biasa telur 1papan, hari ni aku beli 2 papan. santan aku beli kotak besar.
Dalam kereta dia marah2 tanya aku beli apa, aku cakap la aku senaraikan utk dia tengok. pastu dia cakap aku sangat boros. tak boleh pegang duit. Tapi aku tngok dia pegang duit pun habis juga, lagi tak nampak beli apa. aku beli barang makan dan jualan je. Aku takde meminta lebih pun. nak beli barang make up tu memang tak pernah. aku kalau teringin sangat aku curi sebab rasa membazir sangat. aku keluar pun memang tak pakai make up ape. bedak pun jarang. Baju dalam pun pakai yang koyak2 ye,yang mak aku bagi dulu. bila peroid aku takde seluar dalam nak pakai, so aku tak pakai pad.kena basuh selalu la. nasib aku jarang period, kalau peroid pun 3,4hari je.
Entah la,aku rasa dah tawar hati sangat.aku dah korban macam2.memang aku kenal dia dulu,aku jahat..dah mengandung anak orang lain.aku ingat dia ikhlas kahwin dengan aku. Memang dia baik,jarang lepak.asyik duduk rumah je.sayangkan anak2, jarang pukul, baik bila mood dia baik. Tapi aku tak tahan dengan dia punya tuduhan dan makian. aku pandang laki pun jarang. yela dengan customer takkkan la aku tak cakap, tak senyum. aku bahasakan kakak walau tahu orang tu lagi tua.aku dah berusaha jaga hati dia tp kenapa dia selalu sakitkan hati aku.
Lepas kahwin dengan dia,aku memang setia dengan dia sorang.takde orang lain dihati aku .pernah aku main msg dgn org lain sebab dia kerja jauh.aku msg sebab nak pau laki tu je. Takde langsung niat lain.aku pun terus terang aku dah kahwin. tak pernah jumpa dan memang takde niat langsung nak jumpa. pastu kantoi tapi smpai sekarang dia ungkit kalau gaduh walau dah 10tahun berlaku.aku dah siap angkat sumpah dengan al quran memang aku tak pernah jumpa dan keluar dengan laki2 lain lepas kahwin dengan dia. Korang rasa apa patut aku buat sekarang? Aku ada 6orang anak kecik2 lagi..ada sorang ank oku yang perlu jagaan penuh.aku takde saudara mara.mak aku pun dah tua,ayah dah takde.adk beradik ada tanggungjawab masing2.tolong aku,apa perlu aku buat..




