Assalammualaikum.. Salam sejahtera.. Min tolong hide ye profile saya.. Sebelum ni saya pernah mengadu kat KRT.. Pasal saya isteri ke 2, sambung belajar dan mengandung tetapi suami tak bekerja.. Alhamdulillah.. Dalam gelap ada yang membantu.. Saya tamat belajar dah, bersalin pun dah.. oprate dan masuk ICU sekejap sebab masalah kesihatan.. Anak sihat.. keluar hospital saya selesaikan semua bayaran, dari awal masuk wad saya cakap kat suami saya perlukan duit untuk beranak tapi macam biasa duit tak ada.. ye la, tak kerja mana nak ada duit.. berpantang pun sama, sampaikan saya hulurkan duit saya untuk dia bagi kat mak saya sebab jaga makan saya dan anak.. pernah sekali anak saya macam demam masa dalam pantang, mak balik kampung, adik beradik kerja.. tak kan la nak pergi hospital bawak anak naik motor dengan perut saya yang masih sakit..
saya mintak tolong dia beli tempat cek suhu, dia kata tak ada duit.. saya menagis.. saya kata kalau untuk benda penting macam ni pun tak ada duit macam mana nak besarkan anak.. nasib kakak saya lari kejap dari tempat kerja antau tempat cek suhu tu.. masa anak saya 4 bulan saya kerja, suami bising sebab saya kerja jauh, susah nak jumpa anak.. saya cakap dia tak kerja anak nak makan apa, pampers macam mana.. dia kata susu badan ada dan anak pakai lampin je.. saya marah la,sapa nak sental lampin tu, dia kejap-kejap balik rumah sana, anak nak sekolah la, bini nak kerja la.. nak cerita susu badan, dah stress tahap nak meroyan, nak tak nak, kena gak beli susu.. dia sampai ugut nak report polis kalau saya pergi kerja jauh dan tak bagi dia jaga anak.
Saya cakap anak saya, saya yang beranak, biar saya yang jaga, dia tak kerja anak nak makan apa.. dia hina saya cakap ni bukan anak saya sebab saya beranak tak normal.. sedih saya.. saya tetap bawak anak.. bila anak dh 5 bulan suami saya oprate kepala, doktor kata ada ketumbuhan.. saya tak balik.. cuma buat video call dan tanya khabar melalui isteri dia je.. macam mana nak balik, anak tak boleh masuk wad kalau saya jaga dia.. pada hari saya nk melawat, dia dah keluar wad..sekarang ni dia masih tak kerja, nafkah masih culas.. saya terpaksa berhenti kerja sebab anak kerap sakit bila duduk rumah pengasuh dan sampai masuk hospital..
Dan baru-baru ni saya baru pergi mahkamah untuk fail fasak dan seandainya perkahwinan kami di bubarkan saya pasti akan di kecam.. mungkin orang yang tak tahu masalah saya bertahun-tahun nikah, bila dah suami macam ni saya tinggalkan pulak.. keluarga saya tak paksa tapi sampai bila saya nak harapkan keluarga saya tanggung.. anak pun dah 10 bulan.. kewangan saya pown ibarat gunung kena tarah hari-hari pun boleh jadi landai.. terima kasih sebab baca panjang-panjang nie.. tolong doakan rezeki kami melimpah ruah dan mengalir seperti sungai yang mengalir tanpa henti ya serta kesihatan buat kami.. semoga urusan saya di permudahkan.. amminnnn…



