Maaf, Aku memang tak berkerja. Tak macam isteri yang berkerja diluar sana membantu para suami. Anda Beruntung sangat diberi peluang itu. Macam aku, aku suri rumah sepenuh masa. Duduk pulak dengan keluarga mertua. Suami ada bisnes sendiri. bab nafkah Alhamdulillah masih cukup walaupun tiada sesen duit aku pegang. Tapi! apa aku mintak dia kasi. Dia bagi. Tanpa berkira apa. cuma duit saja tak kasi aku pegang.
Yang aku nak ceritakan bukan itu, Tapi penat lelah aku dirumah ini. Memang benar, tak elok orang kata duduk serumah dengan mertua. Betul. aku tak nafikan itu. Memang pada awalnya kami rancang nak duduk berlainan. Rumah kami kalau ikutkan depan rumah mertua saja, itu tak kisahlah janji jangan serumah. yedok?. kawasan taman. Tapi semua itu berubah bila pada masa itu, arwah ayah mertua aku meningg*l eksiden. Jadi tinggalkan mak mertua aku. memandangkan suami aku yang sulung lelaki takkanlah aku nak suruh suami sendiri jadi anak derhaka yedok? Mestilah tak jadi pindah rumah aku telan saja kepahitan selama 5tahun duduk sini.
Segala kerja aku buat. siang malam tanpa henti.. Tambah pulak siang aku jaga anak buah aku, anak kepada adik ipar perempuan. Dia berkerja. Tapi aku jaga anak dia tanpa bayaran apa2.. Aku rungut penat jaga budak kecik. aku nak kerja. aku perlukan simpanan aku sendiri jugak. rungut hati kecil aku. tapi apa aku dapat kata2 dari suami. “SIAPA NAK JAGA BUDAK TU?” TAK ADA ORANG NAK JAGA! TAKKAN NAK SURUH UMI JAGA? UMI TU SAKIT LUTUT! DUDUK RUMAH JELAH JAGA BUDAK TU BUKAN BUAT APA PUN!
Luluh hati aku. Aku ni manusia tau bukan robot. tambah pulak jaga anak orang tanpa bayaran. bila tiap kali aku cakap, laki aku mesti kata aku ni berkira nak jaga anak buah dia.. duit aku tak ada pegang. Nak ke kedai semua kena tunggu laki aku balik. Duduk kat rumah semua aku buat kerja. Semua jenis baju kalau lipat jangan ada kedut sikit je. kena bebel la aku. Malam2 laki aku keluar jumpa kawan. sedihnya hidup aku. apa perlu aku buat ye. tiap kali aku mintak dengan laki aku nak kerja. mesti dia marah tengking2 aku. dan risaukan anak buah dia tak ada orang nak jaga. Tu masalah mak bapak dialah. apasal aku pulak




