Salam admin, mohon hide.. kami sudah berkahwin hampir 6 tahun. kami mengenali dari alam persekolahan. di kurniakan dua anak lelaki yang masih kecil..sangat baik, sangat comel, alhamdulillah.. rezeki, namun, ujian menimpa kami sekluarga, isteri saya mula berpaling tadah atas alasan remeh temeh, namun saya bersedia memperbaiki kekurangan diri saya, mnusia mana tiada kekurangan..
saya sering bertanyakan adakah dia mempunyai orang lain. Tapi beliau menafikan. Saya sangat mencintai dia, terlalu sayangkan dia, termasuk keluarga dia tapi sekarang ni beliau terlalu tunjuk yang bliau dah tak sayagkan saya dan tak cintakan saya. terlalu keras untuk dibentuk dan dibaiki lagi, beliau ingin saya lafazkan cerai terhadap beliau..
jika diikutkan hati yang teramat sakit dan hbgn yang tiada pengakhiran, saya ingin lafazkan cerai, tapi apabila menatap wajah anak-anak.. saya jadi pilu, anak sulung saya jarang untuk buat perangai walaupun baru berumur 3 tahun, anak 2 pun sama.. kenapa ibunya berusaha ingin sgt saya berpisah dgn anak-anak.. saya tak sanggup berpisah kerana tak sanggup berpisah dgn anak2.. saya boleh berpisah dengan isteri, tapi saya tak sanggup berpisah dengan anak. Sangat buntu, apakah jalan yang terbaik untuk kami




