assalamualaikum admit . saya nak tanya pendapat, saya dengan suami kahwin baru je sebulan lebih.. Allah uji kami berdua sejak kami kawan, bercinta, pertunangan dan sekarang kahwin.. suami saya muda , kami beza jurang umur 1 tahun sya muda setahun dari suami.. awal perkhawinan kami diberi rezeki untuk jadi ibu dan abah.. Tapi kami diuji saya gugur usia kandungan awal 10 hari. keesokannye saya dihantar ke hospital sebab berlaku pendaraahan kecil..
Suami selalu ada dengan saya wlaupom selalu gaduh. Sesudah sampai kesana saya memang kena admit Saya nak tanya pendapat kawan-kawan kat sini.. masa saya kat hospital.. suami saya ada kat rumah. Kebetolan masa saya sakit kakak saya datang dari kampung untuk jenguk saya.. nak dijadikan cerita, masa saya kat hospital kat rumah saya ada kakak dengan suami saya je. Masa tu saya ada mintak tolong kakak kemaskan rumah bersihkan baju. Sebab saya tahu suami saya sibuk.
Nak dijadikan cerita.. sepajang saya kat hospital suami selalu jenguk. Apa yang saya nak suami sediakan. Malam lepas balik dari hospital kakak saya akan masak semua.. akan makan sama sama. kesokan hari runting harian macam biasa kakak saya masuk bilik kami dan kemas ala yang patot. Kakak tak sangka dalam tengah kemas-kemas bilik kakak terjumpa barang untuk hisap ice Time tu jugak kakak saya call mak kat kampung dan tunjuk dekat mak yang suami saya ambil benda tu..
kakak cakap banyak kali terserempat dengak dia nampak suami saya sedang sedut benda tu. keesokan hari saya balik dari hospital mak mertua ada sekali.. sempat mak mertua baik sangat orang nye.. sebab saya menantu bongsu.. sempat berpantang kat rumah sendiri seminggu.. keesokkan hari kakak saya dah nak balik kampung , kakak saya rahsiakan benda ni pada saya sebab tahu keadaan saya tak sihat tak boleh banyak pikir.. pagi lagi saya kejutkan suami untuk hantar kakak saya ke sesten bas melaka.
Selepas balik dari hantar kakak saya.. sempat kami borak-borak suami, saya dan mertua. Sebelom kejadian kami gaduh besar suami sempat beli barang dapur yang saya pesan. Masa suami saya keluar saya dan mertua ada sekali kat rumah. masa tu hari keempat. Saya usahakan juga untuk cuci uniform kerja suami. sebelom masuk kedalan mesin basuh saya memang akan chek semua barang-barang kerja dalam poket dia.. tengah chek. Saya terjumpa resit juddi.
Sebelom ni saya memang dah tahu suami kaki mesin , dia pernah janji dengan saya bila kahwin nanti dia akan berubah. Ternyata janji dia palsu dia tak pernah berubah, apa yang saya nasihatkan selama ni ternyata sia-sia je. Saya pun ada bagitau kat mertua dan bagi mertua simpan resit juddi tu Saya buat biasa dah basuh baju. Suami pun balik dari beli barang. Saya senyap buat biasa walaupun hati sakit sebab suami tak pernah dengar dan ambil positif dari nasihat saya.
Saya ambil telepon saya tanya suami dengan nada yang elok “abang main juddi lagi ye.. abang dari main juddi baik abang simpan duit tu untuk masa depan kita” abang tak pernah nak berubah walaupun sikit abang tetap akan main kan.. tiba-tiba suami saya marah saya, tengking saya, maki hamun saya depan mak dia. lepas tu saya lari masuk bilik dan kunci dalam keadaan tak sihat saya menangis je. Mertua ketuk pintu bilik saya, saya lambat bukak tiba-tiba suami saya mengamuk sambil tendang pintu paksa saya buka sambil makki hamun saya.
Saya kuatkan diri untuk bangun buka pintu, dalam hati istifar jer.. apa nak jadi jadilah aku redha. selepas buka pintu suami masuk sambil mengamuk macam-macam makki kat saya, saya bantah tapi dengan nada yang slow.. mertua terdiam menangis orang tua tu tengok saya dan suami gaduh.. tiba-tiba suami mengamuk keluarkan semua baju dalam almari saya halau saya cakap “dia benci saya, aku tak nak tengok muka kau lagi, pergi dari rumah aku” semua gambar kami di koyakkan dalam hati sedih hanya Allah je tahu.
Allah uji saya dugaan berat sampai macam ni sekali awal sangat ujian dalam rumahtangga kami. Angkuh kata2 suami walaupun saya menangis sujud kat kaki dia tapi tetap berkeras suruh saya keluar dari rumah dia.. suami sanggup tolak mak dia sebab tak nak mak dia masuk campur urusan kami. Saya terdiam seribu bahasa. Suami halau mak dia keluar dari bilik kami. Masa tu saya pasrah apa nak jadi jadi la.
Kami bincang suami isteri dalam linangan air mata , tapi suami keras tak mahu tengok muka saya. Saya sanggup sujud kat kaki suami mintak ampun.. akhirnya suami sejuk , masa tu mak mertua suruh saya kemaskan barang-barang saya ikut dia balik kl rumah abang suami.. suami cakap dia tak redha bila saya langkah kaki dari rumah.. saya terpaksa ketepikan apa yang suami saya cakap. Dalam keadaan saya macam ni suami layan saya macam tu saya tak boleh duduk sebumbung.
Malam tu suami sibuk siap-siap nak keluar rumah ada kerja kata nye.. dia cakap dekat saya dia tak redha kalau saya langkah kaki. Saya ajak sekali lagi suami masuk bilik bincang saya nak balik umah mak nak pantang kat sana bila sihat saya datang balik, sebelom balik saya ada tuliskan nota untuk suami suruh dia duduk elok-elok, jaga diri, tunggu saya balik .. selepas seminggu kat kl saya dengan mertua bertolak balik ke kampung.
Setelah sampai rumah saya semua keluarga saya terkejut dengan saya susot badan saya turun sebab sakit.. saya tak boleh telan stress pikir suami buat macam tu dekat saya. Malam tu jugak keluarga bagitahu apa yang kakak saya jumpa kat bilik kami bersama bukti gambar. Semua menangis termasuk saya.. keluarga menangis sebab nak yang terbaik untuk saya dan saya menangis tak boleh terima kenyataan bahawa suami saya yang berkerjaya tapi seorang penangih Allahuakbar.
Masa tu hanya Allaj je yang tahu bertapa hancur nye hati saya sebagai isteri. Sekarang ni admin saya nak tanya pendapat admit dan kawan2 saya masih lagi sayang pada suami saya.. tapi keluarga nak yang terbaik untuk saya. Suami pula asyik pujuk rayu saya untuk balik ke rumah kami, dengan keadaan saya macam ni lagi.
Allahu mulanye saya nekad nak mintak fasakh sebab layanan suami tapi saya sayang dia admin. Dia call saya mesej saya dia menangis akan ubah sikap dia, tapi saya tak yakin dia boleh ubah sikap dia.. pikir lagi dia manusia biasa bila-bila Allah boleh bukakkan pintu hati dia.. dan saya nak sangat bagi peluang kedua untuk suami.. tapi saya dapat tentangan dari keluarga.. harap admit dan kawan-kawan boleh bagi pendapat.




