Assalamualaikum admin dan warga krt.
Saya miera. Saya janda berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Baru2 ini saya ada berkenalan dengan seorang lelaki. Pada awalnya lelaki itu jadikan saya sebagai adik angkatnya saja, tapi lama kelamaan kami selalu jumpa dan lelaki itu dah jatuh sayang pada saya dan terus jadikan saya kekasihnya.
Dia layan saya macam isteri dia, dengan anak saya pun dia layan baik2, anak saya panggil abah dekat dia, anak saya sakit dia tolong ubatkan, saya sakit dia tolong bawa ambik ubat, memabg baik sungguh. dia ada kerata, bila saya cuti selalu bawa saya dengan anak saya jalan2. awal tahun lepas kami plan nak kawin, dah bdli cincin pun.
Cuma tunggu lepas raya puasa tahun lepas nak tunang, saya pun dah bagi tau kat semua saudara, rupanya tak jadi, saya betul2 malu. tapi saya teruskan hubugan dengan dia macam biasa. Setahun lebih kami berhubungan, sampai satu hari ada perempuan call saya dan bagi tau lelaki tu suami dia dan perempuan tu terus makki2 saya, saya percaya yang bf saya dwh ada isteri.
Bf saya cakap dia belum pernah kawin macam mana nak ada isteri. Dan kami pun berkawan macam biasa. Nak dijadikan cerita bulan 6 baru ni saya up pic saya dengan kat fb, terus ada perempuan komen dan makki2 saya, perempuan tu minta nombor telefon, saya bagi dan dia terus miscll saya. Saya pun call perempuan tu, rupanya betul perempuan tu isteri bf saya! rupanya selama ini saya bercinta dengan suami orang.
Dah banyak duit dia saya habiskan, dan dah macam kami berdua buat dalam kereta dia dan bila wife dia dapat tau, dia call saya dan makki2 minta saya tinggalkan suami dia, kalau saya tak tinggalkn suami dia, dia nak datang rumah saya nak buat malu family saya. Dan saya pun tingglkan lelaki itu, sampai hari ini saya dah tak brhubung lagi dengan lelaki itu.
Masalahnya sekarang wife dia macam tak puas hati dengan saya, wife dia up pic saya kat fb, macam2 wife dia makki saya, sedangkan saya dah tak couple dengan suami dia. Tapi wife dia tetap tak puas hati dengan saya, wife dia up pic saya kt fb siap minta ganti balik duit suami dia yang saya dah makan, wife dia cakap kalau saya tak byar balik, dia takkan halal kan dunia akhirat. Saya betul2 malu wife dia up pic saya kat fb..




