Assalamualaikum min. Aku saje nak share pengalaman pasal sond0l menyond0l nie. Aku pernah menyond0l kebun orang. Masa tu aku study nun di utara tanah air. Tahun 2005 tu “ym” la kot medium yang paling glamour nk hilangkan boring. Masa tu aku kenal si R nie. Awal 40an, kerja gov. Dari awal kenal memang dia bagi tau dia dah kawin, anak 4 dan wife dia baru je bersalin anak yang ke 4 tu.
Dia keje kat KL, da wife dia stay kat utara sikit dari tempat aku study. Mula2 just kawan biasa. Kekadang kalau dia ade kursus, dia ambik aku ajak keluar makan. Dah 2,3 bulan tu dia cakap yang dia suka aku. Tapi masa tu aku tak suka pon kat dia. Aku tak cakap semua suami orang. Tapi sebab dia suami orang kot, dia tau macam mana nak tackle aku. Dia selalu buat suprise. Selalu tak cakap nak datang. Tiba2 call cakap dia dah kat “jambatan”.
Bila buka je pintu kereta, macam2 ade atas seat. Bunga la, kek la, bear la. Eh macam2 la. Aku pompuan yang dijadikan Allah mempunyai 9 nafsu. Dengan bisikan2 “Syait0n” buat aku terbuai2 gitu. Part paling best, bila aku demam. Tetiba dia call, cakap dia dah kat bawah dan nak bawak aku pergi klinik. Mau tak terkejut, dia dari KL. Datang dengan baju kerja. Malam2 hari. Ko tak rasa ke ko bertuah.
Aku rasa eh dia bidadara kayangan untuk aku ke. Dengan tak segan silunya aku ckp aku pun dah terjatuh cintan cintun. Sejak dari tu, kitorang bercinta sakan. Bergayut takhingat, dia makin kerap datang jumpa aku. Tiap2 kali datang dia selit duit belanja. Kekadang dah seminggu baru aku perasan ade duit lipat2, selit2, gulung2 dalam beg aku. Sempat meraikan 2 kali besday aku dengan dia. Memang tahap dewa dewi la aku rasa masa tu. Hubungan kitorang terjalin lebih 2 tahun. Agaknya berkat doa mak ayah aku dari jauh kot. Nasib aku baik, aku jumpa lelaki yang baik.
Dia selalu ingatkan diri dia, yang dia ada anak perempuan. So dia tak kan buat bukan2 kat aku, sebab tak nak nanti Allah balas palak kat anak dia. Sampai la satu hari tetiba aku dapat call dari wife dia Wife dia dapat tau hubungan kitorang Wife dia serang hendap aku entah berapa puluh kali dia call. Kekadang dia cakap elok2, lembut2, kekadang dia jerit2, mengamuk2. Masa tu sebagai seorang pelajar yang ade ambil beberapa paper berkaitan psikologi.
Allah hadirkan perasaan insaf pada aku. Allah lembutkan hati aku untuk lupakan dia, dan Allah bagi aku kekerasan untuk aku tinggalkan dia masa tu juga. Walaupun dia berusaha untuk tak putuskan hubungan kitorang dan ajak aku nikah kat siam. Nasib aku tak terpengaruh masa tu. Lps habis study. Aku kawin dengan jejaka pilihan mak ayah aku. Hakikat dunia tu berpusing, roda tu berputar tak sape pon boleh nafikan. Tak sampai pun 2 tahun aku kawin.
Rumah tangga aku pula dihadiri oleh penyond0l. Dah la masa tu aku tengah preggy. Cuma aku tak sebaik isteri si R yang pertahankan rumah tangga diorang. Masa tu aku ambik jalan untuk tak berkongsi. Aku bagi ruang untuk penyond0l tu n suami aku hidup aman makmur damai sejahtera. Walaupun diorang tak kawin dan ade penyond0l lain plak datang sond0l kebun diorang.
Macam mana aku tau, penyond0l rumah tangga aku tu call nangis2 cite kat aku). Dan aku pilih jalan untuk bahagiakan diri aku sendiri. Eh, bahagaikan anak2 aku juga yang 2 orang nie. Aku tak layak nak bagi nasihat. Cuma korang2 yang sibuk sond0l menyond0l tu plis henti2 kan la.




