As salam KRT, Saya adalah seorang pembaca tegar KRT selama bertahun tahun dan ada masanya apa yang disiarkan hampir sama sahaja dengan kisah saya.Tujuan saya minta admin siarkan agar saya mendapat sedikit kekuatan daripada hal yang semakin menyakitkan saya. Saya sudah berkahwin hampir 7 tahun .Mempunyai 3 orang anak dan suami saya baik orangnya.Tidak pernah mencurangi saya dan memberikan nafkah dengan baik pada saya dan anak anak saya.
Masalah saya apabila suami sangat addict bermain games. Pada mulainya pada waktu itu game yang digilainya Rules of Survival yang dimainkan bersama kawan kawan namun katanya ID nya telah digodam dan menyebabkan dia beralih pada PubG yang kebetulannya baru diperkenalkan pada waktu itu. Mula mulanya games itu hanya dimainkan pada waktu malam selepas anak anak tidur.Saya akan menunggunya bermain dan kadang kadang saya akan tertidur sahaja kerana saya mempunyai kerja tetap setiap Isnin hingga Jumaat.
Mula mulanya saya okey sahaja.Namun lama kelamaan, suami saya mempunyai hobi yang sangat keterlaluan.Dia boleh menghabiskan satu malam sehingga pagi bermain games dan dia akan turun kerja dalam keadaan yang sangat mengantuk .
Bab solat memang kelaut. memandangkan dia sangat alpa dengan games tersebut. Saya hanya mampu menegurnya ,namun dia akan memekakkan telinga dan menyambung semula games nya. Hampir setiap malam dia bermain games dan anak anak akan tidur tanpa bapa mereka. Anak anak akan meminta perhatian ayah mereka namun games lebih diutamakan. Sambil bercakap dengan kawan kawan dalam games, anak anak akan memerhatikan ayah mereka dan masuk ke dalam bilik dan mengatakan pada saya
“Kenapa ayah suka main games dari bercakap dengan saya”
Saya hanya tersenyum dan mengatakan
“Biarlah,ayah sibuk” Keadaan itu berlarutan hingga anak sudah tidak mempedulikan situasi itu, namun ia pula memakan diri saya. Saya sangat sunyi. Saya tidak ada teman berbicara. Saya benar benar rindukan suami saya yang dahulu. Lelaki zaman saya bercinta dahulu yang memberikan fokus pada saya dan hubungan kami. Namun itu sukar untuk terjadi, benarlah kata orang, lelaki akan nampak semua sifat buruk selepas kahwin.
Tahun ini suami dapat pekerjaan yang mengharuskan kami PJJ. Apa boleh buat,sudah razeki suami saya. Saya fikirkan dengan kesibukan tugas barunya, suami akan berubah. Setiap hujung minggu suami akan balik ke rumah dan dari malam hari Jumaat hingga pagi Ahad suami akan menghabiskan masa bermain games.Tipulah kalau tiada masa bersama saya dan anak anak, tapi kebanyakan masanya adalah bermain games.Malam malam saya sangat sunyi.Saya akan tidur bersendirian melihat wajah anak anak yang sudah nenyak tidur.Saya benar benar rasa sunyi.Ada pun suami depan mata, namun hanya jasadnya saja yang ada.Dia lebih banyak berbicara dengan skuad PubG nya berbanding saya.
Bila dia mendekati saya untuk bermanja ,saya cuba kuatkan hati saya untuk melayannya sebaik mungkin walau ada rasa kecil hati di sudut hati.Namun tidak lama,selepas itu dia akan menyambung semula pengambaraannya bersama skuadnya.Saya pula hanya terpinga pinga. Kadang kadang saya sebagai seorang isteri mempunyai emosi yang sangat rapuh.Yang saya mahukan hanya suami saya memeluk erat diri saya dikala saya rasa jatuh dan menggenggam tangan dikala saya perlukan bantuan darinya.Saya lepaskan kemarahan pada anak anak.Kasihan anak anak,namun saya sebagai manusia tetap juga banyak kelemahannya.
Saya pandang suami ,Namun ianya jauh sekali hingga saya rasa sangat jauh.Rasa terlalu jauh hati saya bila memandang dirinya fokus pada telefonnya. Apabila kami PJJ pula saya akan video call suami, kerana saya dan anak anak rindukan dirinya.Namun video call hanya akan berlaku selama 15 minit paling lama dan cepat cepat dia matikan. Masih ingin rasa saya menatap wajahnya , namun dia cepat cepat mahu matikan panggilan video kerana katanya dia mahu bermain games. Saya tahu pukul berapa dia tidur apabila melihat last seen pada wassapnya. Ada kalanya hingga pukul 3 pagi.Katanya dia tidak dapat tidur.Saya tahu dia bermain games dan hanya mampu saya katakan, jikalah dia luangkan masa itu untuk berbicara dengan saya,alangkah bertuahnya saya.
Saya mahukan suami saya mendengar hari hari saya, saya mahukan suami saya dengar betapa saya menyampah melihat wajah rakan sekerja yang suka menjatuhkan orang, saya ingin suami saya dengar kisah saya diekori oleh kereta besar yang menyuluh lampu tinggi pada saya di jalan raya, saya mahu suami saya dengar kisah saya yang sangat penat menghantar anak anak ke sekolah ,saya mahu suami dengar drama tv yang saya suka di televisyen, saya mahu suami dengar betapa saya berkecil hati pada adik beradik saya yang kadang kadang tidak memahami saya.
Saya mahu suami tahu apa yang saya beli di shopee, saya mahu suami saya tahu ,saya berkenan pada periuk yang saya lihat di tv dan sebagainya. Bagaimana suami ingin tahu,bila dia tidak mahu pun berbicara hal hal sedemikian dengan saya. Dia selalu mengganggap saya okey. Apabila saya cuba memulakan perbualan, dia akan mendengaSambungan
Apabila saya cuba memulakan perbualan, dia akan mendengar sebentar dan akan berlalu pergi selepas itu. Entahlah, saya rasa sunyi. Tersangat sunyi. Saya ingin tidur selepas semalaman bercerita pada suami, namun ianya hanya kisah dongeng sahaja bila dia lebih rela bermain games dari melayan saya.
Tiada lagi istilah tidur bersama sama yang kami lalui 7 tahun yang lalu dipeluk suami dan suami membelai belai rambut saya sambil dia mengungkapkan betapa dia sayangkan saya dan anak anak anak.Tiada lagi perbuatan seperti itu.
Pengakuan dan kisah saya bukanlah ingin membuka aib suami.Saya hanya mahukan berkongsi perasaan saya yang agak sepi setelah hampir 2 tahun saya bergelut degan hal ini.Hari ini ulangtahun anak bongsu saya yang ke 2. Suami mintakan saya untuk reload pada dia kerana dia kehabisan data.Saya hanya katakan padanya , “Kalau saya reload hanya untuk bantu awak main games dan mengabaikan saya,saya taknak”
Dia hanya bluetickan mesej saya dan saya tidak call pun dia sejak tadi. Hati saya masih sedih dan jika games itu pilihan hatinya , saya akan beri masa padanya hingga saat saya sudah tidak pedulikan dia suatu hari kelak. Saya akan biarkan dia hidup sendiri jika itu pilihan dirinya. Saya bukanlah patung untuk terus bertabah melalui hidup seorang diri. Saya perlukan teman untuk berkongsi hidup dan berbicara. Entahlah, hanya Allah yang tahu.Semoga saya terus kuat ya semua.




